aktiviti : seminar WORDpress anjuran Akademi Denaihati

Seminar ini berlangsung selama dua hari (14 & 15 April 2012) di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, aku tidak bersendirian kerana berjaya membawa 3 lagi rakan2ku yang lain…seminar yang sangat bagus bagi beginner macam diriku, seminar ini diadakan tepat pada waktunya bagi diriku kerana dah hampir sebulan aku beli domain dan dah ada blog kosong yang tak tahu macam mana nak isi..heee kok kasihan banget….

30 perserta semuanya, dari mula hingga lah akhir kami tidak pernah rasa bosan sebab kru akademi denaihati tersangatlah sporting dan masing2 memang kelakarable orangnya terutamanya nizampower…chicken dance yang sgt menyeronokan…oleh kerana terlalu teruja nak jadi blogger kami rasakan seminar 2 hari tu tak cukup sebab banyak lagi yg kami tidak tahu…saranan sudah diutarakan kepada pihak pengurusan akademi denaihati supaya dapat mengadakan “seminar wordpress lanjutan”…

Memang teruja dengan ganjaran yang diberikan oleh pihak akademi denaihati…beruntung dapat bernaung di bawah akademi “best of the best blog of the year” ni….sesuai dengan tagline “hidupkan untuk memberi”….memang layanzzzz lah dengan seminar ni….ucapan terimakasih buat Pengerusi Akademi Denaihati dan semua kru yang terlibat….Ya Allah Kau bantulah orang2 yang pernah membantuku…Aamiinnnn…

Sila Kongsi :