jalan2 cari makan : aku hanya ingin kau gembira….

alhamdulillah, dia datang tepat pada waktunya… temanku singgah ke rumah hanya untuk bertanya kabar di saat aku memang merinduinya… so untuk melepaskan rindu, semalam kami memanjakan diri di salon dan dinner di bumbu desa, festival city mall…

hari ini, aku ingin mengembirakan hatinya dengan meraikan ulang tahun kelahirannya di restoran sri ayutthaya, wangsa maju…bila aku sebut jer nama restoran ni, dia teruja, rupa2nya dah lama teringin nak makan kat sini…

ini lah dia sri ayutthaya restaurant, wangsa maju
sempat posing di lobby sri ayutthaya restaurant wangsa maju, me & gee
bagi memeriahkan lagi suasana, merayu 2 anak terunaku untuk datang sama

bagi laluan kat temanku untuk memilih menu, maklumlah birthday girl (opppssss rasa muda lah pulak yer)… heee so ini lah menu yang menjadi pilihan temanku…

udang
ketam
asparagus
kerabu pucuk paku
tomyam
kelapa muda + laici “blended”
jom makan… mcm birthday aku pulak…hehe
seronok hati ni, bila tengok dia gembira
happy birthday ya…moga tabah menghadapi waktu2 sukar bersama anak2 tercinta…

mengharungi pendakian kehidupan memerlukan sifat sangka baik, optimis dan matlamat yang jelas, apabila melepasi satu halangan kita perlu bersiap siap untuk menghadapi halangan seterusnya…

aku hanya ingin kau gembira….

 

 

Sila Kongsi :