honda city : 6 bulan menunggu si putih gebu

alhamdulillah semalam sempat balik batu pahat uruskan se putih gebu yang baru keluar, orang kata kalau jodoh tak kemana, seminggu selepas buat booking kira2 6 bulan lepas, tiba2 bangkok di landa banjir besar dan menyebabkan si putih gebu yang ku booking tergendala, ianya menjejaskan semua pengeluaran HONDA….

alhamdulillah, akhirnya si putih gebu menjadi milik ku…nombor idamanku pun tak susah untuk dapatkan dari JPJ Batu Pahat

walaupun kereta yang ku booking adalah lain dan dijangka dapat ogos 2012, tapi aku mengambil keputusan untuk ambil yang ada ni jer, lagipun ianya sempena namaku juga hehe dan ku kira ianya sangat comel selaras dengan kegebuannya…

Honda (the power of dreams) cawangan Batu Pahat ni sangat besar “show room” dia, aku beli kat sini sebab abang2ku pun beli kat sini jugak, sekurang kurangnya aku membantu meningkatkan ekonomi batu pahat :D… Honda cawangan Batu Pahat, terletak di Jalan Parit Bilal (betul2 tepi jalan) antara Tongkang Pechah dan Bandar Batu Pahat… no telefon 07-4315768, sales person : Yati…

bersama sale supervisor Yati, orang Batu Pahat kalau nak beli HONDA boleh hubungi yati di 016-7711006
HONDA Batu Pahat

Excitement in the City, sama seperti LELAKI INI….!

Sila Kongsi :