anak2 teruna shopping raya

entah kenapa hari ni rasa macam agak lapang dan mood pun macam ok jer walaupun dari pagi sakit perut disebabkan terlalu banyak makan…bila rasa dah lega sikit terus ajak dua anak teruna ke klcc untuk shopping raya, sementara ada masa ni, jadi gunakan kesempatan yang ada…ini lah kita sebagai ibu atau bapa, bila sampai hari raya, apa lagi yang diutamakan kalau bukan anak2…

si adik seperti biasa butik zara menjadi tumpuan…mama setia menemani
si abang seperti biasa butik topman menjadi pilihan…mama seperti biasa setia menemani
hati ibu mana yang tak bahagia bila tengok anak2 gembira

alhmdulillah sempat jugak bawak dua orang anak yatim yang kehilangan bapa sejak dua tahun lepas, anak2 kepada pekerja ku yang sudah berkhidmat 3 tahun lebih…. seronok jer tengok budak2 ni…

seronok jer dua beradik perempuan ni dapat kasut baru..kanak2 ini kehilangan bapa diusia masih kecil lagi

alhamdulillah untuk anak2 sudah selesai, abis shopping terus ke Mandrin Oriental untuk buat tempahan berbuka puasa, hampir2 tak dapat tempat sebab kami main terjah jer…tunggu tak lama lepas tu dapat tempat….syukur..

seronok jer si adik (luqman)
untuk mama pun ada jugak heee satu set burberry bagi melengkapkan koleksi yang ada…

ok hari ni kami berbuka di mandrin oriental….esok bolehlah cerita ok ke tak juadah berbuka di sini…

Sila Kongsi :