bila hati dah suka

aduiii macam di panah asmara pulak bila dah suka, bila tak dapat, asyikkkk terbayang bayang dan teringat ingat, macam ni jugak lah kot kalau kita dah jatuh cinta dengan seseorang…

tapai pulut yang menjadi kegilaan ku di bulan puasa kali ni…ianya berlaku tanpa ku sedari

tak tahu macam mana akak mula menyukai makanan yang dipanggil tapai pulut ni, arwah emak akak dulu rajin jugak buat tapi bukan tapai pulut tapi tapai ubi…. kali pertama terjah baazar ramadhan danau kota, terjumpa sorang kakak menjual tapai pulut, akak beli 3 tangkai dan masuk dalam peti ais, malam2 sikit baru makan….perghhhh memang ngetopppp…. so terus jatuh cinta…

esoknya akak terjah lagi dan beli lagi tapi tak beli banyak, cukup untuk sekali makan…ntah kenapa rasa macam hari2 nak makan tapai pulut pulak, lepas tu esoknya cari tak ada…betul2 kecewa, esok terjah lagi tak ada jugak, tak puas hati pergi terjah baazar ramadhan taman melati tak ada jugak…. masa ni baru akak dapat rasakan bahawa akak betul2 sudah ketagih tapai pulut, tak dapat rasa macam nak nangis dan teringat ingat…

petang ni terjah lagi baazar ramadhan dengan harapan dan doa banyak2 agar tapai pulut ada di jual, jalan sekali tak nampak, pusing lagi sekali terus ternampak, maka dengan rasa bersyukur dan senyum akak borong sebab kakak yang jual tu kata kalau letak peti ais boleh tahan seminggu…tanya jugak kat kakak tu nape dah banyak hari tak jual…TAK SEMPAT nak buat katanya….

bila hati dah suka….degup jantung sering kedengaran…!

Sila Kongsi :