janda angau

kak sweetkurma rasa sedih dan pelik dengan sikap sesetengah orang yang masih tak serik2 dengan isu yang dipaparkan di harian metro hari ini… kes tipu muslihat lelaki kulit hitam ni dah didedahkan banyak2 kali sejak sekian lamanya tapi masih ada orang tak ambik sebagai iktibar…

boleh jadi angau dengan kata2 manis orang sebegini dan dengan mudah boleh terpedaya sehingga sanggup berabisan sehingga ratusan ribu walaupun telah banyak pendedahan demi pendedahan berhubung kes sebegini…

kak sweetkurma pun ada dapat banyak private message (PM) di akaun facebook dari penjenayah2 yang guna taktik yang sama, bila kak sk letak under “privacy”, depa kejar pulak di fanpage “kedai kak siti”….rasanya penjenayah ni dah monitor jugak lah kot aktiviti kita difacebook dan bila sampai masanya terus pasang perangkap…memuji akan kecantikan kita…isshhh lagi lah kak sk tak percaya sebab kita tahu kita ni macam mana rupanya…

yang herannya kebanyakkan mangsa dari kalangan “janda”… nape ek…? tak sampai hati nak kata “desprado”..? anggaplah ini ujian untuk mereka…

moga kita semua terhindar dari tipu daya penjenayah2 sebegini dan bermohon agar sentiasa dalam lindungan Allah SWT…aamiinn

Sila Kongsi :