sihat sebelum sakit

salam sejahtera semua…!

tiba2 kak sweetkurma ingin berbicara tentang sihat dan sakit, memang tanpa disedari sudah lebih seminggu akak mengalami gangguan kesihatan yang dirasakan agak teruk dari biasa, dah lama rasanya tak sakit macam ni, selalunya demam sehari dua lepas pekena panadol dah kembali pulih…

kalau kita redho dengan kesakitan ianya memang penghapus dosa selagi kita tidak menduakan Allah SWT…kita memang redho dengan ujian Allah yang sangat kecil ini tapi kena cari jugak punca kepada sakit yang berlarutan…

mungkin jugak akak sering meredah hujan sebab nak cepat, kalau boleh banyak perkara nak diselesaikan dalam tempoh yang singkat, tak jaga sangat waktu makan dan waktu tidur…akak rasa hal2 sebegini yang banyak menyumbang kepada gangguan kesihatan…

masa sihat lalai nak ambik kira tentang kesihatan, bila dah sakit barulah menyesal sebab sukar untuk tidur, tak lalu makan, buat kerja serba tak kena…pokoknya semuanya tak kena lah…

pada orang yang lemah, ia amat sakit tetapi pada orang yang hebat serta bermotivasi tinggi ia sekali kali bukanlah tragedi…

pesanan untuk semua dan diri sendiri juga ingatlah SIHAT SEBELUM SAKIT….

Sila Kongsi :