inginkan hadiah seorang isteri dari isteri tercinta

29 ogos 2012 baru2 ni adalah hari ulang tahun pernikahan kak sweetkurma dengan cowok tercinta, ntah kenapa tiba2 terasa nak menghadiahkan dia sesuatu, yer lah lelaki yang banyak menyumbang keseronokan hehe kena lah hargai… betul tak…?

masa dok fikir2 nak bagi apa, kak sk ternampak kedai jam di depan mata sebab masa tu kak sk sedang minum di secret recipe di jusco wangsa maju… kak sk terus masuk kedai jam tu dan pilih yang cantik pada pandangan kak sk, yg sememangnya kegemaran cowok…

ini lah jam pilihan kak sweetkurma untuk cowok tercinta

kak sk suruh amoi kedai jam tu bungkus rapi2, sampai rumah terus letak atas meja di kamar tidur kami…bila cowok balik kak sk pun terus habaq, ada sesuatu untuk dia…dia terus naik ke atas dan mengambil hadiah tersebut…. cowok akak bilang “hadiah ini sangat berharga buat dia tapi ianya akan LEBIH BERHARGA bila dapat hadiah ISTERI BARU dari isteri yang dicintai….kikiki… boleh gitu..?

sebelum ianya berlaku kena lah kuat2kan jiwa, belai-belai lah rasa, mudah2an kehidupan bahagia dan tenang itu milik kita jua akhirnya…

sesungguhnya “berkongsi itu indah”…

Sila Kongsi :