wanita berniaga lebih dikagumi

salam sejahtera semua…!

betul ker wanita berniaga lebih dikagumi…? terasa nak berkongsi sesuatu di saat akak sibuk menyiapkan tudung2 yang sudah ditempah dari para pelanggan melalui fanpage kedai kak siti…banyak betul tudung2 yang sudah terjual hanya melalui online… alhamdulillah

kagum dengan pencapaian sendiri….alhamdulillah

bila mengenangkan kembali sejarah memulakan perniagaan tudung mudah pakai 4 tahun lepas, senyum sendiri akak sebab semuanya terjadi tanpa di duga…macam mana jari2 ini memulakan kerja2 menjahit sedangkan asas menjahit pun tak ada, jari2 ini banyak menaip dan menulis sepanjang berkhidmat selama 16 tahun tiba2 pegang mesin jahit…

mula memperkenalkan tudung2ku melalui majlis minum petang di menara kuala lumpur

pada peringkat permulaan semuanya dilakukan sendiri jer, masa tu hanya ada sorang pekerja saja yang fokus dengan kerja2 jahitan, akak menguruskan pembelian material, mengunting dan memasarkan produk…nak cerita penat hanya Allah saja yang tahu…

kerja2 pemilihan kain2 untuk di buat tudung
mula2 dulu tak mampu nak bayar model untuk mengayakan tudung2 so apa lagi sendiri lah jadi model huhu

nak buat iklan untuk tudung2 pun memerlukan budget yang tinggi, so akak mengambil keputusan untuk memasarkan sendiri dengan berjumpa kawan2 dan ada ketikanya keluar “window shopping” dengan harapan dapat terserempak dengan kawan2 lama… alhamdulillah ternyata cara ini menjadi…

“window shopping” adalah salah satu cara untuk akak memasarkan produk

dua tahun menjalankan perniagaan tudung, akak bertemu kembali dengan denaihati, dari situ lah denaihati memainkan peranan sebagai penasihat agar akak memasarkan tudung2 secara online, tak kira sama ada melalui blog atau facebook…akak memulakan dengan memasarkan melalui fanpage, ternyata ianya begitu berkesan…

tahun ini baru lah akak memperkenalkan perniagaan akak melalui blog… emmm sangat2 bersyukur sebab sambutan diluar jangkaan… jutaan terimakasih kepada sifu denaihati atas nasihat dan tunjuk ajar….

sama ada betul atau tidak wanita berniaga lebih dikagumi, yang pastinya akak memang kagum dengan pencapaian akak dalam dunia perniagaan…

terimakasih Allah atas rezekiMu ini….

Sila Kongsi :