jiwa tenang dengan memaafkan

salam sejahtera buat semua, alhamdulillah kesihatan hampir pulih secara total, syukur sangat2 kebelakangan ni ada banyak juga masa untuk membaca, mengkaji dan menerjah blog kawan2… petang ni sempat membaca beberapa majalah tapi topik kemaafan dari majalah solusi antara yang menarik perhatian kak sweetkurma…memaafkan orang2 yang pernah melukai kita, memfitnah kita, menghina kita, menipu kita, berpaling tadah dan sebagainya adalah sesuatu yang sangat2 digalakkan oleh agama kita….kita kena buang perkataan “TIADA MAAF BAGIMU”

menahan dari sifat marah dan boleh memberi maaf adalah sifat terpuji lagi mulia, walaupun orang yang membuat kesalahan tidak meminta maaf dengan kita…

akak pun jenis orang yang cepat lupa dan mudah memaafkan orang2 yang pernah melakukan kesilapan dengan akak cuma akak seboleh mungkin tidak akan berurusan dengannya atas perkara yang sama…setiap hari melatih diri untuk memaafkan orang lain..

berdoalah kepada Allah agar kita dilembutkan hati untuk berlapang dada dan membentuk jiwa yang boleh memaafkan orang lain…semoga kita mampu meminta maaf daripada orang lain walaupun tidak membuat salah dan juga segala kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan terhadap orang lain dapat juga mereka maafkan…

“sesiapa yang ingin dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim” (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

oleh itu MAAFKAN LAH AKU

Sila Kongsi :