wanita berkuasa, ego atau tegas…?

assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh

hari ni ingin menyentuh tentang wanita berkerjaya dan berkedudukan atau di beri kuasa dalam menerajui sesebuah organisasi… ada tanggapan negatif yang mengatakan bahawa wanita apabila diberi kuasa untuk menerajui satu2 organisasi atau jabatan akan menjadi ego dalam semua tindakan… yer ke ego…? bukan tegas ke…?

dr.jem

bagi ku, wanita dalam golongan yang tinggi ini adalah wanita yang selalunya berwawasan jauh dan apabila berurusan dengan mereka semuanya jadi mudah sebab tidak melibatkan perkara yang remeh temeh, faktor ini adalah disebabkan ketegasan wanita dalam mentadbir bukannya ego…!

ramai juga yang akan merungut apabila hendak berurusan dengan wanita golongan tinggi ini, ini disebabkan mereka dah set dalam pemikiran mereka bila kena berurusan dengan wanita akan jadi susah sebab wanita sukar untuk di ajak runding….bukan sukar untuk diajak runding tapi tegas dalam memberi keputusan…

sebenarnya ketegasan bukan saja perlu dibawa apabila kita diberi kepercayaan untuk mentadbir satu2 organisasi, dalam biznes juga ianya memerlukan ketulusan, ketegasan dan keberanian untuk dibawa kehadapan serta melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga pelanggan “and feeling proud of my product”…inshaAllah pulangannya akan menanti kemudian…

setegas mana pun, wajah keibuan tetap terserlah, itu lah wanita
setegas mana pun, wajah keibuan tetap terserlah, itu lah wanita

macam diri ku sendiri, banyak jugak “feedback” yang ku terima yang mengatakan aku ni garang, silap tu…bukan garang tapi tegas…dalam hati fuhhhh penuh dengan bunga-bungaan….heeee

TEGAS bukan EGO….itu lah wanita apabila diberi kuasa….

sekian, buat kali ini

wassalam

Sila Kongsi :