sedikit tak semestinya derita

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

mula2 kak sweetkurma nak tulis entri lain tapi tetiba teringat pulak satu kisah, dimana kesedihan yang dialami oleh seorang isteri disebabkan suaminya tidak berharta, atas dasar inilah si isteri merasakan dirinya tidak bahagia seterusnya ingin meminta cerai…

si isteri sering membandingkan suaminya dengan suami orang lain yang dia kira lebih berharta dan boleh hidup senang-lenang, sedangkan dia terpaksa bekerja keras untuk membantu ekonomi keluarga… dia cantik dan ramai lelaki yang lebih berharta yang berminat dengannya tapi terpaksa diketepikan kerana dia sudah bersuami….

betul ke hidup betul2 bahagia bila kita bersuamikan suami yang berharta….? sebab banyak juga perceraian yang berlaku dikalangan pasangan yang berharta…! jadi betul ker kebahagiaan boleh diperolehi dari harta yang banyak….? apakah sebenarnya peranan harta dalam membina kebahagiaan berumahtangga…?

apakah peranan harta dalam sesebuah rumahtangga….?
(gambar sumber google)

sebelum melangkah alam rumahtangga, setiap pasangan seharusnya bersedia untuk menghadapi tekanan macam juga proses penyesuaian dari sudut sikap dan tabiat suami-isteri….pasangan suami atau isteri harus bersedia untuk menanggung segala bebanan kewangan yang semakin bertambah, apabila anak mula lahir, rumah, kereta dan sebagainya… kita sebagai pendamping suami harus berkorban sama atas bebanan bagi membina keluarga bahagia….

Rasulullah s.a.w bersabda “apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai” – Riwayat Ahmad

pada waktu ini, kurangkanlah membangkit kekurangan suami tetapi carilah kelebihannya, dia mungkin tidak berharta dan juga tidak rajin berusaha lebih tetapi dia adalah penyelamat si isteri di akhirat kelak…harta sedikit tidak semestinya derita kalau kita bijak mensyukuri rezeki pemberian Allah, mungkin kita kurang harta tapi hidup penuh dengan SYUKUR….

layari lah rumahtangga dengan penuh bahagia dan syukur….

Sila Kongsi :