mampukah hawa hidup sendiri

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

bila sebut saja hawa, tentu akan ada yang terfikir agaknya kak sweetkurma ingin mencoretkan sesuatu yang ada kaitan dengan drama bersiri adam dan hawa, yang sedang hangat di tayangkan setiap isnin – khamis saluran astro 134…oh sama sekali tidak….!

adam dan hawa…. saluran 134 astro…..

ia cuma mewakili kaum hawa (isteri) yang sentiasa mencari kesilapan dan kesalahan suami (mewakili kaum adam), akak sentiasa tertanya tanya, apa sebenarnya yang sang isteri ini mahukan dari suaminya, sentiasa menjaja cerita tentang keburukan sang suami sedangkan itu adalah suaminya sendiri, bapa kepada anak2nya dan insan yang menyediakan tempat tinggal dan keperluan keluarga seharian….

ini semua atas salah sangka @ buruk sangka sang isteri terhadap suaminya yang kononnya berlaku curang di belakangnya menyebabkan kurang layanan suami terhadapnya, bagi akak dalam hal sebegini, isteri pun banyak menyumbang ke arah kecurangan suaminya (kalau betul lah suaminya curang), kerana selalu sangat menuduh si suami curang maka dah jadi macam doa pulak…

kalau dah tak tahan bersuamikan suaminya itu, tak perlu banyak cakap @ cerita @ menjaja keburukan suami kat orang luar, angkat kaki belah je lah…bila dinasihat untuk angkat kaki, tak berani lah pulak, risau tak boleh hidup mewah macam sekarang, kesian kat anak2 dan macam2 lagi alasan….

ini bermakna hawa (isteri) tidak mampu untuk hidup sendiri…. kalau tak mampu, duduk diam2 dan jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sebaiknya serta terus berdoa agar sentiasa beroleh keberkatan dalam melayari hidup ber rumahtangga layan suami sebaiknya, sentiasa bermohon pada Allah agar suaminya menjadi suami yang beriman…. in shaa Allah, amannnnnn….

kita mahukan suami yang baik….. adakah kita ini sudah cukup baik untuk suami kita…..?

fikir fikir kan….

Sila Kongsi :