wanita berkuasa dari rumah

it doesn’t matter who you are, or where you come from – the ability to triumph begin with you, always – kata Oprah Winfrey

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

bicara tentang wanita (hawa) lagi kak sweetkurma kali ini, wanita adalah makhluk indah yang penuh rahsia, yang terkadang mudah marah, sensitif, pemalu, cemburu TAPI ada ketikanya pula tersangat penyayang…

wanita yang berkerjaya sekarang semakin berani bersaing dengan lelaki, semakin ramai wanita yang berjaya menguasai bidang sains dan teknologi, media massa, pengiklanan dan banyak lagi, menjadi ketua jabatan kerajaan dan swasta dan sanggup berisiko tinggi…

bagi wanita yang memilih untuk berada di rumah, mengurus hal ehwal rumahtangga macam akak nih…hik…sudah bijak mencari sumber pendapatan luar dengan berniaga, selain menguruskan kerja2 harian, memasak, mencuci dan menjaga anak…memang mengkagumkan dengan cerita-cerita wanita yang bekerja sepenuh masa di rumah, tetapi dengan bantuan internet serta teknologi moden yang lain, boleh memperolehi pendapatan lumayan….

ramai ibu2 yang mengambil tempahan menjahit baju, manik & labuci, melukis pada botol2 atau pinggan-mangkuk yang sudah tidak diguna lagi, menjual tudung2 mudah pakai dan sebagainya…. mengusaha perniagaan dari rumah yang tidak memerlukan belanja besar seperti menyewa kedai dan kenderaan boleh memberikan pendapatan yang lumayan…

macam akak sendiri, menjadi pengusaha tudung mudah pakai sejak 4 tahun yang lepas, dimana semuanya diusahakan dari rumah dan tidak perlu menyewa kedai, akak mempromosikan tudung2 melalui facebook dan blog sudah cukup membuatkan jenama little scarf collections di kenali…

apabila perniagaan tudung mula stabil, akak maju setapak lagi dengan berniaga emas tanpa menyimpan stok di rumah, semuanya akak jalankan dengan menggunakan teknologi, pelanggan telefon untuk buat tempahan, akak telefon pihak kilang dan pengantaran semua diuruskan oleh pihak kilang…

in shaa Allah, jika di izinkan Allah SWT akak akan maju setapak lagi dengan mengusahakan satu lagi cabang perniagaan yang dijalankan secara usahasama dengan seorang rakan yang juga suri rumah sepenuh masa….

sebagai wanita, walaupun hanya berada di rumah, dengan bantuan internet dan teknologi terkini, kita mampu menerokai dunia yang luas dan in shaa Allah akan menemui sesuatu yang bernilai, yang penting apa jua yang kita laku kan biarlah kerana Allah sebab “segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadaNya lah kamu meminta pertolongan” (An-Nahl 16:53)…

bersama segala keindahannya, wanita juga memiliki sesuatu yang luar biasa…..jadi tidak hairan walaupun hanya berada di dalam rumah, wanita masih boleh berkuasa dengan cara mereka tersendiri….

Sila Kongsi :