cubalah mengasihi walaupun disakiti

*
assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua….

terbaca status yang ditulis oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh “cubalah mengasihi walaupun disakiti” ramai yang bagi tindakbalas… dah cuba tapi susah sebab hati terlalu sakit….betul lah tu memang susah tapi kalau ianya dilakukan secara istiqamah dan ikhlas InShaaAllah boleh…!

kak sweetkurma pun sering disakiti, kalau ikutkan hati memanglah susah untuk melupakan tapi jika kita tidak memaafkan ianya akan menjadi beban dan penghalang untuk rezeki dan kebahagiaan serta ketenangan, kerana bila tidak memaafkan tidak secara langsung akan ada sifat dendam, jadi jika ada sifat2 yang negatif sebegini dalam diri kita maka aura kita pun jadi negatif…

hati pernah terlalu sakit dan terguris dengan sikap pekerja yang tidak pernah bersyukur dengan pekerjaan yang ada dan dapat upah yang ku kira lumayan dengan segala kemudahan yang ada, bila nak kena berhentikan merayu rayu sampai melutut, bila kita maafkan lepas tu buat lagi….eemmm selagi boleh maafkan akak maafkan lah sebab dia ada anak2 yang hendak diberi makan… kalau tidak ada kejujuran, itu urusan dia dengan Allah, yang penting kita ikhlas membantu demi anak2nya yang masih kecil….

pernah disakiti dengan rakan2 perniagaan, nak ikutkan memang sakit hati sangat2, tapi akak cepat memaafkan cuma tidak meneruskan urusan perniagaan dengannya…tapi betul lah bila mudah memaafkan, hati memang tenang, buat kerja semua Allah permudahkan…

pernah menerima janji manismu dari sang lelaki, semuanya menjadi sebaliknya bila sudah hidup bersama, tapi lama kelamaan, bila kita mula melupakan segala janji2 manis tersebut sebab dia pun hanya insan biasa yang tak sempurna, kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT, alhamdulillah hidup makin bahagia dan manis manis lain yang lebih manis yang Allah bagi…. perancangan Allah sangat hebat dan sempurna…

apa pun cubalah mengasihi walaupun disakiti…..

terus meraih kasih Ilahi…ini yang lebih penting…

Sila Kongsi :