isteri curang suami pun curang

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, baru jer abis upload gambar2 tudung baru di Page kedai kak siti, mula kerja seawal 9.30 pagi sampai lah sekarang ni dah 10 malam lebih, kerja di rumah lagi dasat hehe…

bila nafsu menguasi diri, dunila yang luas dirasakan sempit (gambar sumber google)
bila nafsu menguasi diri, dunila yang luas dirasakan sempit (gambar sumber google)

siang tadi sementara menunggu account manager meng-audit akaun syarikat, sempat lah juga membaca satu kisah rumahtangga (kisah benar), kisah kecurangan pasangan suami dan isteri….suami seorang yang penyayang dan sabar serta perpangkat tinggi di sebuah firma, kerana terlalu sayangkan isteri, semua duit gaji diberikan kepada isteri, isteri akan bagi kat suami mengikut keperluan harian jer…

nak jadi cerita, bila dah selalu sangat pegang duit banyak, isteri yang pada mulanya sangat baik, penyayang dan boleh menjaga rumahtangga dengan baik berubah (kejutan budaya) sebab jumpa geng2 yang kaki shopping dan lepak2 di tempat2 mewah, dari situ lah si isteri sudah lupa tanggungjawab terhadap rumahtangga, yang paling dasatnya dah pandai bela “anak ikan”…bila dah ada anak ikan, rasa dingin dengan suami pun timbul, kehendak batin suami terus di ketepikan…

bila dah terlalu lama batin tersiksa, si suami pun mula mencari “anak ayam” untuk melayan kehendak batinnya, sampai lah satu ketika, seisteri menerima panggilan dari sorang perempuan yang mengaku kekasih gelap si suami, apa lagi berasap lah si isteri ni tadi, maka bermulalah perang besar, bila dah berperang tu terpacul lah rahsia tentang kecurangan masing2…. isteri minta cerai tapi suami tak nak cerai….

maka berlakulah maksiat yang berpanjangan, tak tahu sampai bila, isteri meneruskan kecurangan dengan lelaki baru dan si suami pulak banyak mengabiskan masa di rumah bersama orang gaji…. orang gaji mula2 menolak, lama2… emmmm… hanyut….sampai bila????? tak tahu…????

astaghfirullah…

Sila Kongsi :