hebatnya doa seorang ibu

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

hebatnya doa seorang ibu “dan apabila ibumu sudah tertutup, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah, iaitu doa seorang ibu”…maka dengan ini sebagai seorang ibu, kak sweetkurma mengambil kesempatan untuk terus terusan berdoa untuk dua orang anak teruna yang Allah beri, agar menjadi anak yang solleh, anak yang memberi manafaat kepada ibu bapanya dan anak yang sentiasa mengikut perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya….

tidak pernah berhenti berdoa agar anak2 dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya
tidak pernah berhenti berdoa agar anak2 dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya

setiap kali mengunjungi Baitullah, akak tidak pernah berhenti berdoa dan berharap agar suatu saat anak2 teruna akak dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya yang istimewa, alhamdulillah semasa umrah baru2 ini, akak menyuarakan hasrat kepada anak2 teruna untuk menghantar mereka menunaikan ibadah umrah, alhamdulillah ianya disambut baik oleh anak2…. akak terus berhubung dengan ustaz noehas untuk menghantar anak2 melalui rombongan umrah yang diuruskan, syukur alhamdulillah masih ada lagi kekosongan buat anak2 teruna akak….

alhamdulillah sudah berada di Masjid Nabawi
alhamdulillah sudah berada di Masjid Nabawi
alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah
alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah
alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah
alhamdulillah selamat mengerjakan ibadah umrah

alhamdulillah, doa kak sweetkurma Allah makbulkan….

doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah dan Allah menyukai orang yang berdoa kepadaNya, berdoa merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam kehidupan seorang muslim, ia merupakan pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah… dalam al-Quran Allah menjelaskan :

“berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina” – Al-Mukmin : 60)

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA….

Sila Kongsi :