ratu poligami

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, lama betul kak sweetkurma tak buat entri baru atas sebab2 terlalu sibuk menyiapkan tempahan tudung2 umrah/haji dan juga bekalan menjelang aidil fitri serta persiapan seminar buat duit dengan blog…

alhamdulillah, seminar buat duit dengan blog telah berlabuh dengan jayanya, sebagai ajk kak sweetkurma amat2 bersyukur dengan kejayaan ini…. petang selepas seminar tersebut, ada juga ajk yang lain makan2 semeja dengan panel dan juga peserta seminar yang lain, tak sangka akak, topik yang dibicarakan adalah POLIGAMI, bila menyentuh poligami maka ianya sedikit sebanyak melibatkan kak sweetkurma yang sangat2 rajin menulis tentang isu poligami di blog ini….hehe

gelaran yang mereka beri pada kak sweetkurma adalah RATU POLIGAMI…. bila sebut ratu tentu lah akak terbayang akan kecantikan ratu2 cantik dunia hehe, terperasan lah kejap…. apa pun gelaran yang diberikan, terimakasih lah akak ucapkan hehe….

suka atau tidak orang2 di luar sana tentang isu yang akak coretkan, akak akan terus berbicara dan menulis tentang POLIGAMI…. jangan mareeeee!!! nanti kena jual!!!! yang pastinya blogger kacak ini memang suka hiks…..

“sumpah pah abang tak buat, eh sumpah2 ni abang tak berani pah, tapi kalau suruh terjun ke lautan api, abang berani pah”…. cuttttttttttttt

*
*
*

Sila Kongsi :