mempersenda poligami

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

diruangan ini kak sweetkurma ingin mengambil kesempatan untuk mencoretkan sesuatu tentang hidup berpoligami, mungkin tajuk ni agak panas dan kurang disenangi oleh sesetengah wanita di luar sana, tapi apa yang ingin kak sweetkurma coretkan adalah sekadar peringatan untuk diri sendiri dan juga kepada sesiapa yang memerlukan…

poligami merupakan salah satu permasalahan yang boleh menggugat kedudukan kaum wanita dan membangkitkan kemarahan mereka, hal itu kerana secara fitrahnya, seorang wanita tidak ingin dimadukan oleh suaminya, pandangan mengenai isu poligami ini juga adalah berbeza-beza, ada yang berlebih-lebihan, ada juga yang menganggap remeh dan yang acuh tak acuh kerana malu…. yang sedihnya ada yang seolah olah mempersendakan isu poligami ini….anda bertuah kerana punya suami yang tidak mengamalkan poligami TAPI jangan ingat anda akan BERTUAH untuk selamanya, takdir Allah mengatasi segalanya, sementara tidak dimadu atau bermadu ni, SILA JAGA PERCAKAPAN, sebab itu semua merupakan doa, sekali Allah nak UJI kita dan ianya terjadi, masa tu baru lah nak MERAUNG…

meraung, menjerit dan sebagainya sudah tidak berguna lagi sebab ianya sudah terjadi, pabila ianya terjadi, berdoa lah agar semuanya Allah permudahkan dan jangan sekali kali mengaibkan suami sendiri tanpa henti hanya disebabkan ia mengamalkan POLIGAMI…. ini bukan caranya untuk mendapatkan suami kita semula secara total, tak cukup di sini sampai di TANAH SUCI pun ada yang sanggup bercerita tentang aib suami…bukan tugas kita untuk menghukum suami, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk rumahtangga kita…

pesanan saya, ianya bukan sesuatu yang mudah untuk kita jalani, lalui atau tempuhi, jadi sementara tidak di MADU atau ber MADU ni, sila jaga percakapan atau gurauan kerana POLIGAMI adalah sesuatu yang dibolehkan oleh Islam, jadi ianya boleh berlaku pada bila2 masa saja…. dari mempersenda atau dijadikan bahan gurauan lebih baik, terus terusan berdoa agar ianya tidak berlaku atau suami anda terhindar dari menjadi seorang pengamal poligami…

doaku agar kita semua berbahagia dengan pasangan masing2….

moga kita semua terhindar dari mempersenda hukum Allah….

Sila Kongsi :