hasrat ibu

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian….

alhamdulillah syukur, masih punya kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini dan berhubung dengan rakan2 blogger semua….bila sebut sibuk semua orang sibuk kan? jadi kena pandai2 lah mengambil peluang atau kesempatan….

anak teruna yang sulong mula belajar selok-belok perniagaanku, ianya bermula di Jakel tempat memborong kain2 tudung... alhamdulillah
anak teruna yang sulong mula belajar selok-belok perniagaanku, ianya bermula di Jakel tempat memborong kain2 tudung… alhamdulillah

berkongsi sedikit tentang hasrat ibu, sebagai seorang ibu yang menjalankan perniagaan secara serius dan dalam masa yang sama mempunyai dua orang anak lelaki yang meningkat remaja, si abang 22 tahun dan adik 18 tahun, tentu punya hasrat untuk mendidik anak2 untuk meneruskan perniagaan yang ku jalankan disamping terus berdoa agar mereka menjadi anak yang terus cemerlang di sisiNya…

hasrat ingin melihat anak teruna yang sulong membantu dan seterusnya menguruskan perniagaan yang ku jalankan telah kusampaikan setelah beberapa hari anak teruna kembali dari Tanah Suci mengerjakan ibadah Umrah, alhamdulillah syukur kerana hasrat murni ku ini telah diterima baik oleh anak teruna yang sulong, kerana menurut beliau, hasrat utama ketika berdoa di Tanah Suci adalah untuk menjadi Hamba Allah yang lebih baik dan ingin berbakti kepada ibu…. terimakasih Ya Allah atas segala pertolonganMu…””tiada daya dan upaya melainkan dengan (kekuatan) Allah”…

“kasih ibu kepada anaknya tak terhingga sepanjang masa, hanya memberi tak mengharap kembali bagaikan sang suria menyinari dunia”….

mari lah menuju kejayaan…

Sila Kongsi :