membaik-pulih semangat

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga terus mendapat Rahmat Allah, sudah berminggu kak sweetkurma tidak meng-update blog, jangan kata meng-update, singgah pun tak jugak… ini kuatkan semangat untuk menulis sesuatu yang simple agar dapat balik semangat yang hilang….

mungkin ramai yang tahu bahawa kak sweetkurma menerima sedikit ujian dari Allah SWT dan menerima rawatan selama 5 hari di pusrawi specialit hospital jalan tun razak, akak mengalami pendarahan yang agak teruk disebabkan oleh ketumbuhan di dalam rahim sebesar telur angsa atau hampir 6cm, alhamdulillah akak sekarang kembali sihat dan masih membuat rawatan susulan bagi memastikan ketumbuhan tersebut mengecil….

keluar dari hospital, rehat semalam di rumah terus balik kampung bagi menghadiri majlis perkahwinan anak saudara dan mengambil kesempatan untuk shopping baju raya bagi jiran tetangga arwah emak/ayah di kampung, alhamdulillah bersyukur sangat bila dapat menjalankan tanggungjawab, terimakasih tak terhingga kat anak teruna kerana sudi menjadi supir mama dia….

balik semula di KL terus menyambung kerja2 yang tertunggak, tetapi semuanya akak lakukan dengan santai sebab tak boleh lasak2 sangat, kena berpantang untuk seketika, kalut jugak sebab dah 18 tahun tak berpantang hehe….alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, kerja2 yang tertunggak dapat dilaksanakan dengan jayanya….

dalam pada sibuk2 tu dapat panggilan dari kawan yang dah bertahun tak jumpa, hampir tak cam suaranya, sembang punya sembang…emmmm dah jadi ibu tunggal lah pulak…. aduiiiii hidup ku dikelilingi ramai ibu2 tunggal dan juga ibu2 yang dimadu dan bermadu…. oh oh oh…! apa kah ini…! astaghfirullah, ini yang mampu ku lafazkan…..

lepas ni tentu akan ada cerita2 terkini tentang ibu2 tunggal dan juga abang2 jamil….tentu ada yang marah nanti….larikkkkkkk…..

apa pun anggapanmu, ada yang nak bertanya sesuatu tentang poligami ?????? sila sila hehe….

ok jumpa lagi di lain siaran…

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat…

jom layanzzzz

Sila Kongsi :