pukul 3 pagi

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah terus merahmati kita…

jam menunjukkan hampir 3 pagi tapi kak sweetkurma masih bekerja, menyiapkan tudung2 yang di tempah mengikut “demand” masa terkini, berhenti kejap untuk minum sambil mencoretkan sesuatu… bagi abang jamil jam 3 pagi adalah waktu yang sangat membahagiakan di malam pertama bersama rohani isteri ke tiga, entah apa jadi pada kak tipahhhh…..sabar ya pahhhh, “sumpah! abang tak tipu pah, eh…sumpah2 ni abang tak berani pah tapi kalau suruh berenang di lautan api abang sanggup pahhhh”… cutttt

tudung2 yang mendapat sambutan hangat adalah, tudung2 labuh berbentuk “twist @ scallop”, xtra labuh dan labuh sederhana yang menggunakan “soft awning” sebab sedia untuk solat dan juga mudah dari segi penjagaan…. semua orang dah semakin sibuk, jadi mahukan yang mudah2 saje….sebagai pengeluar, kak sweetkurma sangat perihatin kehendak para pelanggan….

tudung twist xxx labuh - soft awning (sedia solat)
tudung twist xxx labuh – soft awning (sedia solat)

syukur alhamdulillah, dah masuk tahun ke lima akak terlibat dengan perniagaan tudung nih, nampaknya makin ramai yang mencari dan rasa selesa dengan tudung2 yang di keluarkan syarikat “little scarf collections”…. terimakasih Ya Allah…

sekian untuk kali ini, jumpa lagi di lain siaran….

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, aamiinnn

Sila Kongsi :