jujur itu syurga

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah terus melimpahi rahmatNya buat kita semua

ada ketika bila terasa “down” sikit ni bagus jugak, terus tinggalkan kerja dan memikirkan sesuatu untuk berkongsi dengan rakan2 yang sudi membaca coretan dari kak sweetkurma, terdetik hati untuk menulis tentang kejujuran rentetan dari kisah yang akak baca dari sebuah buku yang mengisahkan tentang kejujuran seorang hamba Allah yang terlalu mementingkan kejujuran bagi meraih syurga Allah…

kejujuran hamba Allah yang akak ceritakan di atas berlaku di Masjidilharam
kejujuran hamba Allah yang akak ceritakan di atas berlaku di Masjidilharam

sebut tentang JUJUR, dalam rumahtangga ada ramai suami yang tidak jujur dengan isteri dan ada juga sebilangan isteri yang tidak jujur dengan suami, suami yang tidak JUJUR ni selalunya melibatkan orang ke dua, ketiga dan mungkin orang ke empat, nak jaga hati semua lah kononnya jadi terpaksa TIDAK JUJUR, nama pun tidak jujur tentu lah ada waktunya “kantoi” jugak…. huhu kok kasihan banget sama itu abang jamil…. bagi isteri pulak selalunya kalau tidak jujur ia banyak melibatkan membeli sesuatu tanpa pengetahuan suami, yang melibatkan orang ke dua mungkin ada tapi sangat jarang…

tidak jujur yang berlaku dalam dunia biznes ni memang banyak lah, selalunya melibatkan pekerja dengan majikan, dimana pekerja tidak jujur dalam melaksanakan tugas, tidak jujur dengan waktu bekerja, tidak jujur bila melibatkan wang ringgit, tidak jujur bila cuba mempergunakan nama syarikat untuk kepentingan sendiri, yang paling dahsyat ialah membuka perniagaan yang sama dengan menggunakan pembekal yang sama, menarik perhatian pelanggan yang sama dan lebih teruk memburuk burukkan nama syarikat demi syarikatnya sendiri….. percayalah ini semua tidak kekal lama kerana tidak ada jalan singkat untuk berjaya….

apa jua situasi yang datang, kita tidak boleh BERHENTI BERHARAP….

jujur adalah tunggak kejayaan, jujur adalah tunggak kebahagiaan, jujur boleh membawa kepada kesenangan sama ada di dunia atau di akhirat, maka untuk hidup tenang kita kena jujur…. abang jamil pun kalau nak bahagia selain “bersyukur” kena juga “jujur”…..

sekian, buat kali ini, jumpa lagi di lain siaran…. izinkan ku pergi….hehe

Sila Kongsi :