luahan nombor 2

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian, moga Allah memberkati dan merahmati kita semua

bila tengok cerita “antara safa dan marwah” astro prima, hati wanita ku begitu tersentuh, tiba2 mengalir airmata tanpa di sedari…. bila cerita isteri ke 2 dalam sebuah rumahtangga, sememangnya yang nampak jahat hanya di tempat yang ke 2, walaupun ada juga nombor 2 yang baik dan dia hadir dalam sebuah rumahtangga yang sedia terbina atas takdir Ilahi… tidak ada wanita yang suka di madu dan juga bermadu (bagi nombor 2)….

Takdir Ilahi mengatasi segalanya, biasanya sang suami memang pandai berjanji, pandai bermain kata2 sebelum dapat, berjanji untuk memastikan kedudukan nombor 2 tidak akan di sia siakan, tapi sampai suatu saat lain jadinya… sebenarnya ada juga isteri ke 2 yang baik…. tapi bila dapat yang baik sang suami pulak ambil kesempatan dengan ambil mudah dari segala hal dan agak keterlaluan bila akak katakan tidak ada rasa tanggungjawab….

walaupun nombor 2, ianya tetap amanah Allah untuk suami pertahankan, untuk suami ada rasa tanggungjawab bukan main suka hati jer disebabkan dia nombor 2… jangan nanti bila dah tarik diri baru nak menyesal….

sekian buat kali ini….

salam sayang dari kak sweetkurma buat semua…

Sila Kongsi :