bahagia bersama

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah memberkati dan merahmati kita semua

syukur alhamdulillah atas segala nikmat dan anugerah yang Allah beri, bersyukur kerana diberi kelebihan sebagai seorang peniaga dan syukur sangat2 ianya boleh dijalankan di dalam rumah, wanita di usia akak ni memang lebih suka duduk di rumah sambil menjalankan aktiviti yang tidak membosankan… akak rasa tenang bila berada di rumah…pun sekali sekala perlu juga keluar untuk melihat dunia luar secara nyata…

masa banyak di rumah terkadang perlu juga keluar, last akak keluar adalah dua minggu lepas kerana “follow-up” dengan doktor di hospital pusrawi dan memborong kain2 tudung di jakel, semalam dan hari ini, akak dan dua orang anak buah yang belajar di kolej merancang untuk berbuka puasa sama dan juga jalan2 sambil shopping sikit2 untuk raya….

dua anak akak adalah lelaki, jadi anak buah perempuan yang selalu dapat tempias shopping bila temankan mak cik dia... untung lah hehe
dua anak akak adalah lelaki, jadi anak buah perempuan yang selalu dapat tempias shopping bila temankan mak cik dia… untung lah hehe

semalam, kami berbuka puasa sama2, anak buah memilih semua juadah untuk berbuka di baazar ramadhan danau kota pastu makan sama2, memang rasa seronok sangat2, malam pulak sebelum tidur, kami makan lagi makanan yang di order dari restoran hayaki danau kota… hari ni, kami ke salon menyantaikan diri dan lepas tu shopping raya di wangsawalk…. seronok jer anak buah dapat baju raya….mak cik dia pun seronok bila tengok anak buah seronok….

akak rasa sangat bahagia bersama mereka…..TAPI mereka dah balik semula ke kolej masing2, minggu depan kami rancang nak jalan2 dan berbuka puasa di Pavilion….

terimakasih Ya Allah

Sila Kongsi :