Lelaki Sejati

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah merahmati dan memberkati hidup kita

terbaca kisah LELAKI SEJATI di zaman Khalifah Umar bin al-Khattab, bagaimana seorang lelaki sanggup menghadirkan diri di hari perlaksanaan hukuman walaupun dia berpeluang untuk melarikan diri, pemuda ini bertindak demikian agar tidak ada yang mengatakan bahawa tidak ada lagi orang yang menepati janji di kalangan orang islam dan tidak ada yang mengatakan, tidak ada lagi LELAKI SEJATI yang bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya….

seorang lagi pemuda tampil dan sanggup menjadi penjamin, pemuda ini pula berpendapat, agar tidak ada yang mengatakan bahawa tidak ada LELAKI SEJATI yang bersedia berkorban untuk saudaranya yang seiman….

akhirnya tampil dua lelaki yang sedia memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh pemuda di atas kerana menurutnya “tidak ada yang lebih utama daripada memberi maaf di kala mampu”, semuanya dilakukan agar tidak ada yang mengatakan bahawa tidak ada lagi ORANG BERJIWA BESAR mahu memaafkan saudaranya di kalangan umat Nabi Muhammad SAW….

bersyukur kerana di anugerahkan Allah SWT dua lelaki ini sebagai anak2ku
bersyukur kerana di anugerahkan Allah SWT dua lelaki ini sebagai anak2ku

agak2 masih ada lagi kah LELAKI SEJATI di zaman kita ini? tentu ada kan, cuma cara dan perlaksanaannya yang mungkin berbeza….

Sila Kongsi :