semakin matang dalam dunia perniagaan

assalamualaikum dan salam penuh kedamaian buat semua, moga Allah sentiasa memberkati dan merahmati hidup kita

sejak berhenti kerja pada tahun 2003, akak terus terlibat dengan dunia perniagaan, ianya bermula dengan perniagaan “direct selling” dan di ikuti dengan macam2 perniagaan, kebanyakkannya adalah secara “online”….

10 tahun berlalu, alhamdulillah akak semakin matang dalam mengharungi liku liku dunia perniagaan, jatuh pastu bangun pastu jatuh lagi pastu bangun lagi sehingga lah sekarang, perniagaan tudung adalah yang terkini di mana ianya bermula kira kira 5 tahun lepas, disamping itu juga ada juga terlibat dengan perniagaan emas secara online dimana kita tidak perlu menyimpan stok…

walaupun boleh dikatakan akak sudah sukses tapi ujian dari Allah tetap ada dan akak terimanya dengan ikhlas dan redho, pernah mengalami kerugian yang banyak sebab pelanggan menghentikan permintaan di pertengahan pengeluaran, walaupun deposit telah dibayar, akak tetap tabah dan redho dan percaya ada keuntungan yang lebih besar menanti, akak sangat yakin tentang ini, syukur syukur syukur alhamdulillah ternyata ianya benar belaka, janji Allah memang pasti…

sudah menjadi kebiasaan, disebelah kanan kiri depan dan belakang setiap kejayaan adalah dengan adanya rakan taulan, saudara mara serta anak2 banyak memberi sumbangan terutama dalam memberi semangat untuk terus berjuang, semuanya dengan izin Allah SWT, bagi memastikan segalanya lancar dan hubungan dengan Allah sentiasa dipelihara…

sumber : open minda
sumber : open minda

sekian, buat kali ini, jumpa lagi di lain siaran

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

Sila Kongsi :