Nikmat Allah

assalamualaikum dan selamat sejahtera

syukur alhamdulillah, kerana di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk berkongsi dari apa yang kak sweetkurma baca, moga ianya memberi manafaat kepada kita semua, inshaAllah

nikmat yang Allah SWT berikan kepada manusia memang tidak terhitung, ada diantara kita menyedari bahawa sesuatu yang diperolehi adalah nikmat daripada Allah SWT, lazimnya mereka bersyukur TETAPI ada juga yang melupakan sesuatu nikmat kebahagiaan, kemewahan, darjat dan kebesaran yang diperolehi itu datangnya daripada Allah

syukur

nikmat Allah SWT boleh dikategorikan dalam lima kumpulan, secara dasarnya :

pertama : kebahagiaan di akhir iaitu kebahagiaan yang kekal abadi, antara kebahagiaannya ialah kegembiraan yang tiada kesedihan, kepandaian yang tidak ada kebodohan, dan kekayaan yang tidak bercampur kefakiran TETAPI kita tidak dapat mencapainya kecuali dengan pertolongan Allah SWT, kebahagiaan yang pertama ini tidak sempurna kecuali ada nikmat yang kedua :

kedua : akal yang disempurnakan dengan ilmu, pemeliharaan diri yang disempurnakan dengan menjauhi haram, subahat dan maksiat – nikmat lain yang termasuk dalam kumpulan ini ialah keberanian yang disempurnakan dengan rasa kesedaran, nikmat2 ini pada hakikatnya adalah pokok2 agama, keutamaan nikmat kedua ini, dapat disempurnakan dengan adanya nikmat ketiga :

ketiga : keutamaan badaniah yang meliputi kesihatan badan, kekuatan badan dan panjang umur, nikmat ke tiga ini dapat disempurnakan dengan ada nikmat keempat :

keempat : harta, keluarga, kemuliaan dan keluarga mulia, tetapi tidaklah sempurna mengambil manafaat dengan nikmat2 itu kecuali dengan adanya nikmat kelima :

kelima : hidayah Allah, pimpinan Allah, pembetulan Allah dan kekuatan daripada Allah

syukur2

dengan ini, adakah kita sudah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita? pangkat dan kedudukan yang tinggi, badan yang sihat, keluarga yang bahagia, keperluan rumah, makanan dan pakaian yang mencukupi serta lain2 keistimewaan yang dimiliki….

moga kita tergolong dari kalangan orang2 yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT, amin Ya Allah

moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah

Sila Kongsi :