hari-hari yang ku lalui

assalamualaikum dan salam sejahtera semua

tiba2 rasa macam nak mengimbau kenangan dalam melalui hari-hari yang banyak memberi pengajaran dalam hidup yang boleh dikongsi kepada rakan2 di luar sana, kot kot boleh memberi manfaat kepada yang menghargai perkongsian ini….

ada hari akak rasa terlalu penat, ada hari akak rasa terlalu kecewa, ada hari akak rasa terlalu marah dan ada hari akak menangis sepuas puasnya dalam mengejar kejayaan dalam dunia perniagaan sama ada secara online atau offline… oleh itu bila orang di luar sana nampak akak gembira, bahagia, boleh travel rohani & jasmani, shopping dan sebagainya, ianya bukannya mudah untuk dikecapi tanpa hari2 yang akak lalui tersebut…

kenangan

apa pun alasannya akak tetap bersyukur dengan segala nikmat yang Allah beri buat akak dan keluarga, syukur Alhamdulillah ada juga sebahagiannya akak kongsikan pada yang memerlukan…. cita2 akak memang besar untuk terus berjuang dalam mengharungi kehidupan di dunia bagi mendapat tempat yang “indah” di akhirat nanti, amin Ya Allah

indah

hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat, jadi kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan di akhirat… akak berasa irihati pada insan2 yang berjaya memperindahkan jiwanya…. indah jiwa maka indah lah yang lainnya…

sekian, untuk coretan kali ini, moga kita beroleh kemenangan di dunia dan di akhirat, amin Ya Allah.

Sila Kongsi :