kembali berurus-niaga

assalamualaikum dan selamat sejahtera

syukur alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah beri buatku setelah beberapa bulan tidak begitu aktif berniaga atas faktor kesihatan, syukur hari ini dah mula rancak semula walaupun masih dilakukan dari rumah, belum keluar lagi, jumaat 1hb. november 2013 ni maka genap lah 8 minggu tempoh berpantang yang doktor berikan buat ku atas pembedahan – pun begitu masih tidak boleh lasak dan jangan sekali kali angkat benda2 berat….walaupun kembali aktif tapi yang ini masih perlu ku jaga…

alhamdulillah, perniagaan tudung ku kembali rancak
alhamdulillah, perniagaan tudung ku kembali rancak

syukur alhamdulillah, pemborong sudah mula berhubung untuk tempahan dengan kuantiti yang banyak dan ramai yang ingin menggunakan “jenama” sendiri, memang belum boleh lasak, tapi untuk ke jakel dan melipat serta buat design2 baru, ianya masih boleh ku lakukan, yang selebihnya inshaAllah anak teruna dan pekerja2 ku yang akan lakukan, moga Allah permudahkan…

apa pun untuk berjaya, kita tidak boleh terus membina alasan demi alasan, kita kena kuat, kena ada jiwa yang sangat kental agar semua rintangan dan halangan dapat di atasi dengan sebaiknya, di mana ada usaha, inshaAllah di situ ada rezeki….. nak 1000 daya, tak nak satu dalih sudah mencukupi untuk kita tidak berjaya…

marilah menuju kejayaan!

Sila Kongsi :