bajet 2014 terus diperkatakan

assalamualaikum dan selamat sejahtera

sebagai insan yang banyak menghabiskan masa di rumah, sudah pastinya tidak ramai yang ku temui kecuali yang bertandang ke rumah, pun begitu aku belum pernah rasa sunyi dengan adanya ruang sosial media yang banyak, di mana aku masih boleh mengikuti dunia luar dari rumah ku….

isu yang masih terus diperkatakan @ diperbincangkan di ruang sosial media seperti facebook dan twitter adalah berhubung dengan pembentangan bajet 2014, review terperinci boleh di dapati di blog denaihati, jadi aku tidak perlu menulis panjang-lebar di sini….isu gula banyak terpapar di ruangan “status facebook” rakan2, aku hanya mampu memerhati, sebab aku bukan peniaga yang banyak menggunakan gula, gula yang ku beli, rasanya sekilo kot sebulan, sebab untuk kegunaan memasak, untuk minuman tidak digunakan sangat, masak pulak kadang2 dan jarang2…

terimakasih google sebab bagi guna gambar ni
terimakasih google sebab bagi guna gambar ni

GST banyak diperbincangkan di TV, rasanya hampir semua TV ada menyiarkannya, tapi aku pun tetap memerhati sebab ianya belum di laksanakan lagi, tapi dah macam2 andaian di buat, itu semua adalah perancangan manusia, mana tahu sampai masanya tidak jadi…! hehehe….

apa pun alasan, kalau pendapatan kita RM1.00 dan kita berbelanja setakat 90 sen, tentu tidak ada masalah yang timbul, kalau nak lebih kenalah usaha lebih, bagi yang makan gaji (mungkin boleh buat kerja2 tambahan) dan bagi yang berniaga (tingkatkan usaha) – ini sekadar pandangan jer, sebab aku bukan pakar ekonomi, aku cuma jaga ekonomi rumahtangga ku jer (moga sihat dan berkat)…

kalau hanya mampu punya isteri satu, maka cukup lah satu tu….jangan ikut “abang jamil” sebab bapak mertua dia orang kaya dan sangat2 “sporting” hehehe jangan maraaaaa….

moga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat, aminnn

Sila Kongsi :