cinta

assalamualaikum dan selamat sejahtera, suka nak kongsi sikit-sikit pasal cinta, dari apa yang dibaca, didengar dan dilihat….

ada ketika kita perlu menerima hakikat bahawa cinta tidak perlu di cari, kita hanya perlu memberi ruang untuk cinta itu hadir dalam diri kita…..

gambar : sumber instagram dan sekadar hiasan
gambar : sumber instagram dan sekadar hiasan

ramuan cinta yang tepat dapat menghilangkan rasa sakit dan mengubahnya menjadi kebahagiaan, untuk mendapat ramuan yang tepat juga bukan mudah tapi masih boleh dilaksanakan….

cinta juga tidak semestinya untuk dimiliki, suatu ketika dulu aku juga pernah menerima kehadiran cinta dari insan yang juga aku cinta, tapi cinta kami tidak di bawa ke gerbang perkahwinan tapi cinta itu tetap kukuh sebagai seorang sahabat hingga kini, malah aku bernikah dengan lelaki yang ku kenali terlalu singkat tapi alhamdulillah, cinta yang disusun kemudian semakin utuh hingga kini, terimakasih Ya Allah, kerana Engkau lebih mengetahui atas apa yang menimpa diriku….

apa pun jenis cinta yang dibicarakan, CINTA ALLAH mengatasi segalanya, tanpa mencintaiNya dan dicintaNya siapa lah kita….

sekian, wassalam

Sila Kongsi :