kalau tidak kerana satu langkah ini

assalamualaikum dan selamat sejahtera

kak sweetkurma tertarik dengan artikel ini, sebelum ini memang ada terdengar dari seorang teman berhubung daftar haji ini, mungkin ramai yang sudah tahu dan mungkin juga ramai yang tidak tahu, moga ianya memberi manfaat kepada semua, inshaAllah

COPY-PASTE dari facebook

daftar.haji

UNTUK IBUBAPA YANG MAHU PERGI HAJI – ANAK-2 TOLONG BACA DENGAN JELAS CARA DAFTAR HAJI SUPAYA MEMUDAH SEGALA URUSAN SETERUSNYA…

Daftar Haji.

Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jjkalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.

Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.

P.s. Usah pedulikan tahun peruntukan giliran menunaikan haji, its just a number by the way. Bila dah tertulis anda akan tunaikannya, insyaAllah Dia akan buka jalan ke arahnya. Kecuali orang yang tidak melakukan apa-apa.

Because a journey of a thousand miles begins with a single step. Apa yang pentingnya satu langkah ni? Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan keluar dari rumah untuk menuju ke Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Tabung Haji. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam airport. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan menunggu di dalam departure hall. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan di dalam aerobridge untuk masuk ke dalam kapal terbang. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan merasai panasnya berada di padang pasir tapi nyamannya angin saat turun dari kapal terbang di airport Jeddah. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan berjalan kaki di celah-celah hotel yang tinggi-tinggi menuju ke Masjidil Haram. Kalau tidak kerana satu langkah ini, anda tidak akan masuk ke dalam Masjidil Haram melalui pintu 1 King Abdul Aziz. Kalau tidak kerana satu langkah ini, kaki anda tidak akan terhenti, kaku dan air mata tiba-tiba mengalir saat kali pertama anda melihat Kaabah. Kalau tidak kerana satu langkah ini, mana mungkin kaki anda melangkah menuruni beberapa anak tangga menuju ke dataran tawaf. Dan kalau tidak kerana satu langkah ini, tentunya anda tidak akan dapat mengelilingi Kaabah untuk melakukan ibadah tawaf bagi menyempurnakan rukun Haji yang menjadi ibadah yang anda lakukan ini sah dn diterima Allah. Betapa pentingnya satu langkah

Hj Mohd Lutfi TH

wassalam

Sila Kongsi :