Tenang Menerimanya

Sekarang ini sweetkurma istiqomah dalam menulis entri setiap bulan hehe bukan lagi setiap hari atau setiap minggu, apa jua cabarannya, akan terus berusaha untuk menulis walaupun kadang2 atau jarang2… Kebelakangan ni memang terlalu sibuk menyiapkan tempahan dari pelangan dalam bentuk kuantiti yang agak banyak, ini sudah menjadi kebiasaan setiap tahun sejak 6 tahun yang lalu, 3 bulan sebelum menyelang syawal memang terlalu sibuk, apa pun ceritanya, syukur alhamdulillah atas rezeki yang diberi oleh Allah SWT……

kedaiku

Dalam dunia perniagaan tidak kira kecil atau besar memang ada cabaran @ ujiannya tersendiri, sebagai hamba Allah yang yakin atas rezeki dariNya, segala ujian yang datang sweetkurma hadapi dengan tenang juga rasa syukur…. Seperti biasa bila kita nampak berjaya dalam satu2 bidang yang diceburi, tentu ada yang suka dan tidak kurang juga yang tidak suka, kalau ada yang suka alhamdulillah dan kalau ada yang tidak suka juga alhamdulillah…

Apa jua ujian yang datang, sweetkurma tenang menerimanya, moga Allah terus memberi ketenangan dalam apa jua keadaan sebab dalam sibuk2 menyiapkan tempahan dan juga melayan pelangan yang singgah di fanpage kedai kak siti atau terus ke kedai yang beroperasi dirumah, ada juga hal2 yang buatku “sentap”, syukur semuanya dapat di atasi satu persatu……

Marilah Menuju Kejayaan…..

LOVE

Sila Kongsi :