Madu Power

Madu memang manis, tapi ada yang kata madu yang tiruan atau yang sudah dicampur bahan2 lain seolah oleh “original” rasanya pahit, tapi sweetkurma belum pernah rasa madu yang pahit sama ada yang asli atau pun yang tiruan, selama ini sweetkurma dapat yang manis…. lagi2 bermadu hehehe….. Tengok tajuk entri ini macam agak kerasnya bunyinya, mohon tolong jangan salah anggap ya, madu yang sweetkurma maksudkan adalah “madu kelulut” yang sweetkurma beli dari Ustaz Noehas yang juga merupakan pemilik blog www.noehas.com

cukup lah DUA hehe - ini lah dia wajah madu kelulut
cukup lah DUA hehe – ini lah dia wajah madu kelulut

Kelebihan Madu – kredit : Ustaz Noehas

Madu mempunyai semua jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia, gula yang ada pada madu tidak memudaratkan kerana 70% – 95% akan menyerap pada badan dengan sempurna, madu juga mengandungi ragi untuk melancarkan proses penghadaman….., yang lebih hebat lagi, madu mempunyai semua jenis vitamin yang amat diperlukan oleh badan untuk hidup sihat dan power dalam beribadat dan mencari rezeki di dunia.

Antara vitamin yang ada dalam madu ialah :

vitamin A yang bagus untuk mata, kulit dan sel.
vitamin C untuk menguatkan tubuh, melawan virus dan menyahkan racun.
vitamin D menjana kalsium, menguatkan tulang dan gigi.
vitamin E untuk menjaga kekuatan badan, rahim wanita mengandung dan memberi pemakanan yang cukup untuk bayi di dalam kandungan.
vitamin H membantu dalam memproses makanan dengan baik.
vitamin K menguatkan limfa dan membantu dalam proses darah.
vitamin B1 yang bagus untuk saraf dan mengawal selera makan.
vitamin B2 yang menjaga buah pinggang.
vitamin B3 yang membuang zat-zat luaran yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.
vitamin B5 yang mampu mencegah penyakit kulit dan urat saraf.
vitamin B6 yang membantu dalam mencerna zat protein.
(dalam madu juga ada zat garam galian yang sangat penting untuk tubuh badan kita…..) – disarankan di minum satu sudu, setengah jam sebelum sarapan dan lebih baik jika dicampur dengan teh hijau tanpa gula….

Untuk tambah power pulak, madu yang bagaimana, jom kita terjah entri Ustaz Noehas….. ustaz noehas adalah pembekal madu kelulut, kak sweetkurma beli dengan harga sebotol RM80.00 sahaja, akak beli empat botol madu kelulut, BACA betul2 ya 4 BOTOL MADU dan BUKAN 4 orang madu…hiks, sesiapa yang berminat, boleh lah berhubung dengan Ustaz Noehas, dengan melayari blog beliau, kerana ada email beliau di situ…

Marilah Bermadu….

LOVE

Sila Kongsi :