Penjelasan Terakhir Engku Emran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua yang sudi singgah di entri ini, moga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT…,

Sementara menunggu customer dari serawak sampai, sempat jugak membaca beberapa isu dan isu “Penjelasan Terakhir Engku Emran Berhubung Isu Erra Fazira” di murai.com.my telah menarik perhatian kak sweetkurma. Bukan disebabkan kak sweetkurma suka dengan perceraian pasangan ini tetapi ada sesuatu yang boleh kita pelajari atas apa yang berlaku ke atas pasangan ini.

engku

Terlalu banyak kes perceraian yang didedahkan oleh pasangan yang terbabit, tentang punca mereka bercerai, dan yang teruk lagi, masing2 mula mengeluarkan aib pasangan masing2 tanpa mengira perasaan orang yang terlibat, anak2 mereka, keluarga mereka dan masyarakat di sekelilingnya, yang mereka mahu adalah saling menuduh di antara satu sama lain.

Alhamdulillah hal2 aib mengaibkan ini tidak berlaku pada pasangan engku emran dan era, mereka bersyukur yang perceraian tersebut berjalan dengan lancar, selepas bercerai mereka menjalani kehidupan mereka dengan cara mereka tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak, bagi kak sweetkurma, yang ini kita patut contohi.

Kak sweetkurma ada seorang teman yang baru sahaja bercerai dengan suaminya, yang ini juga kak sweetkurma sangat “respect”, dia tidak bercerita tentang keburukan suaminya kepada teman2, apa yang berlaku dia hanya kata “tiada jodoh antara kami”, walaupun proses perceraian itu mengambil masa bertahun. Yang sering dia kongsikan pada kak sweetkurma adalah, kesukaran dalam menjalani kehidupan tanpa suami, namun dia teruskan jua kehidupan ini dengan apa adanya dan sudah pastinya airmata menjadi peneman sejati.

Ada yang lagi dahsyat, ada orang yang sering membuka aib pasangan (suami atau isteri) sedangkan mereka masih hidup bersama, orang yang sebegini, kak sweetkurma memang tidak faham apa sebenarnya niat mereka dan apa yang mereka mahukan dengan membuka aib pasangan masing2.

Apa pun situasinya, mari lah kita sama2 berdoa agar kita terhindar dari menjadi pasangan yang membuka aib pasangan kita, aminnnn.

Moga bahagia di dunia di bawa ke akhirat, InshaAllah

Amin Ya Allah

Wassalam

Sila Kongsi :