yang datang dan pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

sekarang ni rasa seronok jer bila bercerita tentang perniagaan yang ku usahakan sejak 6 tahun yang lepas, nak cerita banyak2 tentang kisah suka dan duka kehidupan teman2 sekeliling rasanya terlalu banyak yang di salah ertikan, walaupun pada hakikatnya ingin berkongsi pengajaran tanpa menulis nama sebenarnya dan semuanya atas izin yang empunya diri, tapi ada pulak yang di luar sana yang semacam tidak boleh terima, walaupun ianya tiada kena mengena dengan dia….

mykedai

Alhamdulillah, adat berniaga pelanggan datang dan pergi tapi ada juga yang setia dengan tudung2 keluaran syarikat kak sweetkurma, little scarf collections sejak mula lagi. Walaupun design terlalu pantas, syukur kak sweetkurma masih boleh bertahan dengan tudung2 mudah pakai, hoodie, selendang, halfmoon, inner-neck dan macam2 lagi.

Setakat ini, kak sweetkurma memang tidak biarkan rasa putus asa hadir dan terus bersarang pada diri kak sweetkurma. Setiap hari kak sweetkurma tidak jemu mempromosikan tudung2 kak sweetkurma di facebook, instagram dan whatsApp serta bercerita juga punya peluang. Oleh itu, kak sweetkurma tidak risau dengan pelanggan yang pergi, percaya dengan rezeki yang Allah telah di sediakan.

Atas faktor ini, alhamdulillah pelanggan baru terus berkunjung, ada juga yang dah lama dok skodeng dan akhirnya terpukul untuk membeli, ada juga secara kebetulan on facebook dan ternampak akak post gambar2 tudung, terus bertanya dan berminat. Sejak akhir2 ni ramai kawan2 sekolah dan kawan2 masa berkerja dulu mula shopping tudung2 kak sweetkurma.

Alhamdulillah.

Marilah menuju kejayaan.

Wassalam.

Sila Kongsi :