lebih berhati-hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk menulis sedikit pengalaman dalam dunia perniagaan tudung yang ku ceburi hampir 6 tahun. Seperti biasa bila tiba bulan Rejab, tempahan tudung dari para pemborong dan pembeli sudah mula rancak dari bulan2 sebelumnya, suasana sebegini hingga menjelang bulan syawal. Untuk kali ini kak sweetkurma lebih berhati-hati dalam menerima tempahan, dan sudah semestinya ku terima mengikut kemampuan untuk melaksanakan semua tempahan sebagaimana yang di janjikan.

kedai.1

kedai.3

kedai.2

kedai.4

kedai.5

kedai.6

Memandangkan design tudung2 yang ada di pasaran sekarang ini terlalu cepat bertukar, kak sweetkurma tidak mengalakkan para pemborong untuk menempah satu2 design dalam jumlah yang banyak, pengalaman sebelum ini banyak memberi pengajaran, kalau sebelum ini berapa banyak yang di tempah, kak sweetkurma terus terima dengan wang pendahuluan sebanyak 40% – 50%, sedih bila pemborong tidak dapat menjualnya dalam tempoh masa yang pantas sedangkan design2 baru terlalu rapat mengejar.

Kali ini kak sweetkurma lebih banyak memberi nasihat kepada para pemborong agar menempah tiap2 design dalam jumlah yang tidak terlalu banyak, dan kak sweetkurma tidak sewenang-wenangnya menerima tempahan kerana kemampuan kak sweetkurma untuk melaksanakan tempahan mengikut masa yang di tetapkan juga harus di ambil kira.

Untuk kali ini, kak sweetkurma menerima semua tempahan secara berperingkat dan mengikut giliran, agar semua dapat menerima tudung2 yang ditempah mengikut masa yang di tetapkan, lagi pun seorang pekerja (tukang jahit) cuti bersalin, biarlah tidak banyak asal kak sweetkurma suka dan pemborong pun suka.

Memandangkan permintaan terus datang, walaupun macam2 design baru yang tumbuh, kak sweetkurma merancang untuk membesarkan lagi perniagaan yang ada ini untuk menerima tempahan dari pemborong sama ada dalam bentuk design dan jahit atau menerima tempahan menjahit sahaja, moga Allah permudahkan segala urusan, aminnn.

Alhamdulillah anak teruna semakin matang, kak sweetkurma mula memberi kepercayaan untuk anak teruna mentadbir secara perlahan-lahan, terutamanya dalam menerima tempahan dalam bentuk jumlah yang banyak.

Mari lah menuju kejayaan.

Wassalam.

Sila Kongsi :