Wany Ibrahim VS Siti Nurhaliza

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dekat2 nak raya ni kan, kalau singgah mana2 shopping complex, memang lagu raya saja yang berkumandang, tak tahu nak cakap apa perasaan yang ada, apa pun alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri.

Tiba2 kak sweetkurma teringat video yang anak teruna mainkan malam tadi, sebelum ni ada dengar jugak dari satu post yang dikongsikan oleh denaihati, menarik dan boleh tahan suara adik wany ibrahim ni, biasa lah bila dah masuk kat laman sosial ni sekejap je terus merebak, boleh jadi popular adik ni, sebab dah keluar di harian metro online.

sumber : denaihati ilhamku
sumber : denaihati ilhamku

Video kiriman pembaca ini menunjukkan seorang gadis bernama Wany Ibrahim dari Kajang menyanyi sambil membuat biskut, menarik perhatian pengguna laman sosial. Menurutnya, biskut yang dia siapkan adalah untuk dirinya sendiri (sumber harian metro).

>

bila dah tengok youtube dan dengar suara adik wany ibrahim ni, kak sweetkurma pun saja2 cari video clip penyanyi asalnya, siti nurhaliza.

>

dalam kita bergembira, jangan sekali kali di lupa mereka yang telah tiada, ingat kekejaman yang diterima penduduk gaza, peristiwa nahas MH17 dan macam2 lagi sejak akhir2 ini, AL FATIHAH buat mereka2 ini.

sekian

wassalam.

Sila Kongsi :