terperangkap hampir 3 jam

assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh

hari ini kak sweetkurma keluar rumah lebih kurang jam 4.30 petang sesudah asar untuk ke KLIA, kerana ingin berjumpa kawan2 yang akan pergi menunaikan haji, di jangka masuk balai berlepas jam 7.30 malam

ketika keluar rumah memang hujan lebat, keluar je dari rumah, sampai simpang keluar dari danau kota, lampu merah mati, jalan jadi bersimpang siur, kami sudah terperangkap di tengah-tengah di mana masing2 tidak mahu beralah, kereta kak sweetkurma memang tidak boleh bergerak ke mana, anak terunaku yang memandu nampak “cool” jer, kak sweetkurma hanya mampu bermohon pada Allah agar ada penyelesaian dengan berzikir, alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi menjadi orang tengah, kami pun boleh bergerak

cool je anak teruna berdepan dengan kesesakkan jalan raya
cool je anak teruna berdepan dengan kesesakkan jalan raya

sepanjang perjalanan memang jalan terlalu sesak mungkin disebabkan hujan lebat, anak teruna cuba melalui beberapa jalan, dan akhirnya masuk lebuhraya duke, ke jalan duta pun sesak juga, akhirnya terus ke lebuhraya guthrie yang sudah semestinya menempuh perjalanan yang agak jauh, syukur alhamdulillah, akhirnya kak sweetkurma sampai di KLIA jam 7.15 malam, kami terpaksa menempuh perjalanan hampir 3 jam hanya dari setapak ke KLIA

alhamdulillah, kak sweetkurma sempat berjumpa dengan kawan2 yang ketika itu sedang membuat penyerahan paspot untuk “check-in”, kalau rezeki untuk berjumpa itu ada, memang tidak ke mana, alhamdulillah

1

5

4

3

doa ku buat teman2 yang pergi menunaikan haji, semoga Allah pelihara setiap perjalanan mu dan mendapat haji mabrur, aamiin, kalian sangat sangat sangat bertuah kerana Allah pilih kalian untuk tahun ini adalah haji akhbar di mana yang kak sweetkurma tahu pahalanya 70 kali ganda

buat kali ini, hanya satu yang ku pinta, “kenang daku dalam doa mu”

wassalam

Sila Kongsi :