…. rambut Mah busuk di sebalik tudung…

Dah banyak hari tak update blog nih, tiba2 terasa macam nak usik sikit dari semalam kisah si “mah” yang di curangi oleh suaminya yang sangat2 dipercayai dan dikasihi, mulanya kak sweetkurma sekadar ingin tahu apa yang dikongsikan oleh blogger kacak jamar bahar je, tapi bila baca macam pelik je cerita tu, tapi ada juga yang boleh diambil kira untuk dijadikan pengajaran

Hari ni kak sweetkurma pergi ke salon seperti biasa for my “hair treatment” pastu saja2 post gambar di salon dan kaitkan dengan isu si “mah” yang dirasakan oleh suaminya sudah berubah dari gadis yang cantik jadi isteri yang tidak jaga penampilan sebagaimana yang di tulis oleh sang suami dan salah satunya adalah “rambut mah busuk di sebalik tudung”, oleh kerana kak sweetkurma ni bertudung dan juga pengusaha tudung, tu yang kaitkan yang part ini…

mah

so malam ni di FB, ada lagi entri yang di tulis oleh blogger yang “emo” semacam hahaha, ya lah, masing2 punya pendapat tersendiri, kebanyakkan yang marah2 adalah kaum hawa, macam2 komen yang di tulis, akak sekadar baca je dan ada kalanya tersenyum sendiri…

bagi kak sweetkurma, apa jua kisah yang dipaparkan, mana yang boleh kita ambil jadi pengajaran, kita ambil sebaik mungkin, kalau ada yang kita tidak suka, boleh juga kita jadikan pengajaran agar kita tidak melakukan perkara yang sama, TANPA rasa marah2, ada kalanya, yang empunya cerita baik-baik je, orang lain pula yang bertelagah sesama sendiri dengan pendapat masing2…

Moga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat, aamiin

Sila Kongsi :