Asal Jangan Dimadu

tiba-tiba terasa nak melontarkan cerita dan pandangan tentang tajuk di atas, ini rentetan “status” yang di tulis oleh blogger azmanisma di akaun facebook miliknya, yang bunyinya begini “Aku tgk orang yg anti poli***i…orang tu lah yg banyak diuji…sebab tu jgn menafikan…tapi berdoalah agar “hak” anda tak diuji… — feeling wonderful” #copypaste senang hehe – sebenarnya yang *** itu adalah “gam” so sambung lah sendiri ya

akak memang setuju sangat2 apa yang ditulis oleh blogger azmanisma tu, kok iya pun tak suka suami berpoligami atau tak suka dengan mana2 lelaki yang berpoligami, jangan lah sampai menidakkan hukum Allah, kadang2 sampai “over” tahap maksima tak sukanya!!! dalam apa juga hal yang diucapkan jangan terlalu “over”, tak suka diam jer dan jangan komen2 lebih, nanti awak yang terkena!!!!!

KADANG2 memang berlaku – suami apabila disebut tentang poligami @ diizinkan poligami “tiba2 jadi jakun, kedua telinga yang layu pun boleh tegak berdiri MANAKALA isteri pula, akan menggeletar kedua-dua lututnya terbayang beban berat yang akan ditanggungnya, masalah yang akan dihadapinya dan berbagai-bagai rintangan yang akan dilaluinya

bersedih itu biasa, sangat jarang ada wanita yang sanggup berkongsi "kasih" atau "suami" gambar : selamat pengantin madu
bersedih itu biasa, sangat jarang ada wanita yang sanggup berkongsi “kasih” atau “suami”
gambar : selamat pengantin madu

oleh kerana terlalu melayan “tidak sukanya” tu, kadang2 mereka terlupa setiap apa yang diucapkan, mereka jadi lupa yang mereka ada anak lelaki dan juga perempuan, mungkin mereka terlepas dari termasuk dalam golongan yang berpoligami/bermadu/dimadu TAPI potensi untuk anak lelaki mereka berpoligami dan juga anak perempuan mereka dimadu atau bermadu adalah cerah!!!

yang menghairankan, mereka menentang habis2an sehingga sanggup meminta untuk diceraikan kerana tidak sanggup atau tidak boleh terima yang dirinya dimadu TETAPI setelah menjadi ibu tunggal @ janda, tiba2 mereka bercinta pulak dengan “suami orang”, apa kes??? so dengan ini keluarlah “tagline” – BIAR BERMADU ASAL JANGAN DIMADU! boleh gitu? ASAL JANGAN DIMADU! suka hati lah labu! hihihi

ada tu, kutuk kaw kaw orang yang menjadi isteri kedua dan seterusnya, tup tup kakak dia pulak menjadi isteri kedua!!!

ada tu, kutuk kaw kaw lelaki yang berkahwin lagi satu, tup tup anak daranya menjadi isteri kedua!!!

ada tu, kutuk kaw kaw perempuan yang bercinta dengan suaminya, tup tup setelah menjanda dia pulak bercinta dengan suami orang!!!

ada tu, kutuk kaw kaw menantu lelaki yang berkahwin lagi, tup tup anak lelakinya juga berkahwin lagi!!!

ada tu, bergurau dengan sesama kawan, suruh suami kawan2 tu kahwin lagi untuk dapat “payung emas” sambil berkata “kau lah buat dulu pastu i follow”, tup tup suaminya mencintai wanita lain!!! so apa lagi follow lahhhhhhhhh

yang lebih parahnya, sanggup tengok dan terus membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa kerana menyintai wanita lain, yang penting “asal jangan dimadu”

sebenarnya setiap yang hidup ini, ada ujiannya masing2 yang Allah beri, kerana ujian itu adalah tanda kasih Allah kepada hambaNya, bukan orang yang berpoligami/ dimadu/ bermadu je yang ada ujian dalam melayari bahtera rumahtangga yang dibina, TETAPI yang tidak berpoligami/ dimadu/ bermadu pun ada ujiannya juga, APA yang harus kita lakukan, adalah jalani, nikmati dan syukuri setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita

bersembang lah perkara yang baik2, jangan sekali kali buka aib pasangan dan juga aib sendiri gambar : selamat pengantin madu
bersembang lah perkara yang baik2, jangan sekali kali buka aib pasangan dan juga aib sendiri
gambar : selamat pengantin madu

baru semalam akak bersembang dengan kawan2 yang bertandang ke rumah, kerana masing2 dah masuk fasa umur 50 tahun termasuklah akak sendiri yang hanya tinggal setahun lebih je untuk memasuki fasa 50 tahun – apa yang akak sembangkan adalah, setiap yang berlaku pada kita hari ini adalah berpunca dari masa lalu kita, terutamanya hasil dari apa yang kita sering ucapkan (disedari @ tidak), doa kita yang mungkin tidak lengkap, doa kita yang mungkin tidak betul dan juga kita tidak pernah mengunci setiap doa yang kita lafazkan

KESIMPULANNYA : Allah telah menciptakan seorang khalifah di muka bumi ini iaitu Adam AS, Hawa hanya sebagai pendamping setia Adam serta pendukung perjuangan Adam dalam menjalankan perintah Allah di muka bumi ini. Siti Hawa diciptakan Allah daripada tulang rusuk Adam sebelah kiri paling bawah, dan kerana itulah isteri menjadi pendamping/ma’mum bagi suaminya namun bukan sebagai KOMANDO atau PENENTU. sejarah tersebut sangat luas dan dalam maksudnya, ia PELAJARAN bermakna bagi anak cicit turunan Adam dan Hawa TERUTAMANYA dalam menjalani pergaulan hidup SUAMI/ISTERI (sumber milenia muslim)

moga kita tergolong dari hamba Allah yang sentiasa berusaha untuk menjadi hambaNya yang cemerlang, sentiasa membiasakan yang betul, muhasabah diri, terima apa jua ujian dengan ikhlas, sering berpesan pesan kepada kebaikan dan kebenaran DAN yang paling penting TIDAK BERSANGKA-SANGKA DENGAN ALLAH SWT, aamiin

sekian, untuk kali ini

moga kita beroleh kebaikan di dunia dan juga di akhirat, aamiin

Sila Kongsi :