Jaga Aib Pasangan Selepas Bercerai @ Berpisah

assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh

Berita artis bercerai terkini adalah kisah Siti Saerah, diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya, Saiful Anuar Ahmad Shafie pada 27 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan tersebar, berita penuh dari murai.com.my – apa yang kak sweetkurma nak coretkan di sini bukan lah semata mata kisah perceraian mereka, tapi sikap Siti Saerah yang tidak mahu berkongsi punca perceraian adalah sesuatu yang sepatutnya dicontohi……

sumber : murai.com.my
sumber : murai.com.my

Kebiasaannya apabila berlaku perceraian atau perpisahan maka cerita buruk pasangan sahaja yang digembar gemburkan seolah olah tidak ada satu pun kebaikan yang ada sepanjang perkahwinan tersebut, berlainan dengan kes Siti Saerah ini, dimana beliau enggan mengulas mengenai penceraian dan rumahtangga itu sebaliknya bertindak demikian demi menghormati hati keluarga kedua belah pihak….. Sifat sebegini sememangnya harus dicontohi, apa yang telah berlaku sudah menjadi sejarah dalam sebuah kehidupan, bawa haluan masing2 tanpa membangkitkan isu2 sensitif semasa dalam tempoh perkahwinan…..

Bagi kak sweetkurma, apabila berlaku perpisahan diantara suami dan isteri atau percintaan atau persahabatan, perkara yang sepatutnya di jaga adalah aib pasangan, “yang sudah berlalu, BIARKAN ia berlalu, lembaran yang lepas biarlah ia DILIPAT dan DISIMPAN, bukannya di buka dan dipersoalkan, semoga REDHA dengan apa saja yang berlaku, InshaAllah ketenangan akan menjadi milik kita”…

INGAT!  Jika kita rasa, kita tahu semua cerita buruk bekas pasangan kita dan cuba untuk menghebahkan kepada orang lain terutamanya di sosial media, sudah pastinya, dia juga ada cerita buruk kita, JADI BERHATI HATI sebelum membuka aib orang lain, “kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita…

Mari saling memaafkan…..

Sila Kongsi :