Lama Terbiar

Lama sungguh aku tidak singgah, sayang sekali ianya terbiar begitu lama, bukan tidak ada cerita yang hendak dikongsi tapi tidak tahu apa yang harus dikongsikan dulu, kerana ianya terlalu banyak, suka-duka, pahit-manis, masin-kelat semua rasa ada…

apa pun bentuk ujian yang datang, sudah pastinya semuanya dengan sebab, sebagai hambaNya aku hanya jalani, nikmati dan syukuri, kerana ajaibnya orang mukmin adalah sentiasa bersyukur bila di uji dan juga ketika di beri nikmat….

love

2014 adalah tahun yang mencabar buat diriku, macam-macam ujian datang silih berganti, ku ikut saja semua rentak ujian yang datang, sama ada kehidupan peribadi, kesihatan dan juga perjalanan perniagaan, tanpa sedar ianya sudah berada di penghujung….

menjelang 2015 juga sangat mencabar, semoga ianya hanya di peringkat awal sahaja, banyak juga perancangan yang sudah ku susun bersama rakan seperjuangan berhubung kait dengan ekonomi, hala tuju perjuangan bagi meraih kemenangan di dunia dan juga akhirat….

semoga semuanya Allah permudahkan, aamiin

Sila Kongsi :