Detik Duka 12.01.2015

Sudah lama blog ini terbiar, bukan benci juga bukan tak sayang cuma tak tahu kenapa tak rasa nak berkongsi cerita di sini, walau pun terlalu banyak cerita yang berlaku sepanjang 2015, namun detik 12hb ni menjadi detik yang paling duka buat ku sepanjang 2015, detik dimana terlerainya sebuah ikatan yang terjalin selama 14 tahun 4 bulan 14 hari, alhamdulillah pasti ada hikmah menanti disebalik semua kejadian….

pergi

hari ini genap setahun ianya berlaku, alhamdulillah duka kian pergi walaupun ikatan terlerai namun ikatan dua hati juga dua jiwa ini belum lagi terlerai malahan kian padu (jangan ada dengki)

kehadiran anak2 dan menantu sentiasa membahagiakan ku
kehadiran anak2 dan menantu sentiasa membahagiakan ku

di sebalik kisah duka ini, sebenarnya terlalu banyak kisah manis berlaku, di mana aku menerima menantu dari anak sulung ku, sekurang kurangnya aku tidak berasa sunyi bila berada di rumah juga ada yang menjaga masa sakit-peningku, terimakasih Allah atas anugerahMu ini, lagi gembira bila menantuku disahkan hamil cucu sulung sebulan kemudian….

alhamdulillah dengan sekali lafaz, muizz bergelar suami kepada elfira
alhamdulillah dengan sekali lafaz, muizz bergelar suami kepada elfira

untuk tidak mahu terus terpandang kenangan indah selama 14 tahun, aku mengambil keputusan untuk berpindah rumah dan lokasi pilihan ku adalah bandar baru bangi, berdekatan dengan rumah adik ku, kakak ku, anak2 buah ku dan juga kawan2 baik ku….

rumah ku di taman seri bagi, bandar baru bangi
rumah ku di taman seri bagi, bandar baru bangi

alhamdulillah sempat juga bercuti sambil mengembangkan perniagaan, kata orang jauh berjalan luas pandangan juga pengalaman yang sudah semestinya mengembirakan, antaranya johor bahru, kota bharu, pulau pinang, bukit kayu hitam thailand, lombok indonesia dan akhir tahun mengerjakan ibadah umrah…..

kenangan percutian ke lombok indonesia
kenangan percutian ke lombok indonesia

kemuncak kembara ku adalah bila di jemput Allah untuk menjadi tetamuNya, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar, ku gunakan masa sepenuhnya untuk beribadah juga berdoa….

moga ini bukan yang terakhir bagi ku
moga ini bukan yang terakhir bagi ku

jabalrahmah

kita tidak boleh kembali kepada masa lalu untuk mengubah sebuah permulaan yang buruk menjadi elok, namun kita masih berpeluang untuk melakukan sesuatu yang berakhir dengan indah, mulai saat ini, insyaAllah, moga Allah berkati setiap detik yang ku lalui, amin Ya Allah….

Dalam hidup ini, tidak ada istilah kebetulan, setiap perkara yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula” – di sebalik musibah ada peluang! alhamdulillah

sekian.

Love

Sila Kongsi :