Pilih Jenama atau Kualiti

assalamualaikum-warahmatullahi-wabarakatuh

Pagi ini terbaca topik “pilih jenama atau kualiti?” kegilaan wanita berhijab memiliki tudung :-

Revolusi pemakaian tudung bukan sahaja berlaku di negara ini, malah di seluruh dunia apabila menurut laporan Kedudukan Ekonomi Islam Global 2015/2016 dianggarkan pengguna Islam membelanjakan sebanyak AS$230 bilion (RM943 bilion) untuk fesyen pakaian pada tahun lalu dan dijangka melonjak sehingga AS$327 bilion (RM1,340 bilion) menjelang tahun 2019.

Maka tidak hairanlah, fesyen muslimah semakin mendapat tempat semua golongan, termasuk berjaya menarik nama-nama besar dan terkemuka golongan pereka fesyen untuk menghasilkan rekaan sopan dalam koleksi mereka antaranya Dolce&Gabbana, DKNY dan Uniqlo.

kedaikaksiti.com
kedaikaksiti.com
kedai kak siti focus kepada simple design
kedai kak siti focus kepada simple design

Bila baca artikel “pilih jenama atau kualiti?” sepenuhnya, masing2 ada pendapat tersendiri dan kak SK hormati pendapat tersebut, cuma bagi diri kak SK lebih suka focus kepada yang simple dan mudah, kak SK sediri sememangnya suka tudung sarung (soft awning juga ada lapik dagu) semestinya “mesra solat”.

Tudung2 yang kak SK jual semua jahitan sendiri, kak SK ada pekerja yang mahir menjahit, kain2 pula beli dari Jakel HQ. Menyentuh tentang harga yang dibicarakan dalam artikel ini, kak SK setuju sebab memang ada segelintir yang begitu mementingkan “label” tudung dan sanggup bayar dengan harga yang begitu tinggi. Alhamdulillah, walaupun tudung2 yang kak SK jual tidak berjenama popular, namun kak SK ada pengikut tersendiri yang sudi menghargai tudung2 yang Little Scarf Collections keluarkan.

vacation
vacation
riadah
riadah

weddingresepsi

kak SK ada juga terdengar “saya pakai tudung sarung ni bodo bodo jer untuk gi opis” hihihi, tapi bagi kak SK pula, tak kisah untuk vacation boleh, riadah boleh dan majlis resepsi pun boleh, yang penting mudah, selesa dan kemas, juga “mesra solat”, apa pun lain orang lain cita rasanya, semuanya kak SK hormat.

Yang paling seronoknya perniagaan tudung kak SK diusahakan secara talian dan semuanya hanya dari rumah, alhamdulillah sudah bertahan sehingga kini (7 tahun), bagi yang belum pernah singgah, boleh lah singgan DI SINI, selain tudung ada juga produk mawar zeeta juga jam tawaf.

Sekadar perkongsian ikhlas dari kak sweetkurma (SK), wassalam dan jumpa lagi.

Sila Kongsi :