Cinta Tiada Sudahnya

“Dalam hidup ini tiada istilah kebetulan, setiap yang berlaku akan menjadi asbab kepada perkara yang lain pula”…

“Cinta bukan sesuatu yang kita cari…, cinta adalah sesuatu yang hadir dalam hidup kita”…. cinta juga berlaku kepada semua peringkat usia, muda atau dewasa atau tua….

walaupun seusia ini, cinta masih diperlukan, apa cara sekalipun, hanya senyuman yang boleh menzahirkan
walaupun seusia ini, cinta masih diperlukan, apa cara sekalipun, hanya senyuman yang boleh menzahirkan

Bahagian yang tidak seronok tentang cinta adalah apabila kita berdepan dengan insan yang tidak tegas dengan cinta, dia sanggup pendam rasa cinta yang dia ada tanpa menzahirkan dengan kata2 walaupun sekali…..

Lelaki sememangnya tiada masalah untuk meluahkan atau memulakan atau apa saja tentang cinta, biasanya wanita berada di posisi yang menunggu, TAPI geramnya masih ada lelaki yang tidak tegas dalam menzahirkan perasaannya…..

Rentetan dari sini maka timbul istilah “perigi mencari timba” apabila yang tidak tegas dalam cinta itu melibatkan kaum adam…

Sebenarnya istilah “perigi mencari timba” bukan lagi istilah yang tidak boleh diguna pakai, dan jika ianya berlaku sudah pastinya tidak menyalahi syariat, kerana sejarah telah membuktikan bahawa Siti Khadijah telah melamar Nabi SAW, agak menyedihkan bila ianya berlaku sekarang, seolah olah wanita tersebut sudah tidak punya rasa malu atau lebih keras bunyinya “tidak punya harga diri”…

Kak sweetkurma ada terbaca artikel tentang – Relevankah “Perigi Mencari Timba”… sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya perempuan yang memulakan langkah awal untuk membuat pendekatan pertama……(sebab cinta tiada sudahnya)

Daripada terus tertunggu tunggu lelaki memulakan langkah seterusnya tetapi ianya tidak berlaku…., letih menunggu dan mahu kepastian dalam hubungan tersebut, pihak wanita tidak sepatutnya merasa takut atau malu untuk memulakan langkah pertama…, jika dia menolak sekali pun, ianya tidak mendatangkan kerugian, MALAHAN dapat menjimatkan masa daripada terus menunggu…….(sebab cinta tiada sudahnya)

semua peringkat usia memerlukan cinta
semua peringkat usia memerlukan cinta

Situasi “LAMARAN atau LUAHAN” di tolak adalah perkara lumrah (tiba2 sebak…), setiap lelaki atau perempuan akan mengalaminya dalam urusan mencari jodoh atau pasangan hidup…

Jika “malu” yang difikirkan sehingga menghantui fikiran, tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya akan rugi, JADI sebelum menerima sebarang jawapan, seeloknya bersedialah untuk mempunyai KEKUATAN untuk menerima sebarang kemungkinan….. (sebab cinta tiada sudahnya)

sejarah yang menceritakan pertemuan cinta adam dan hawa
sejarah yang menceritakan pertemuan cinta adam dan hawa

Dalam soal cinta atau mencari pasangan hidup, jangan sekali kali mencari KESEMPURNAAN bakal pasangan, kerana kita sememangnya tidak sempurna, yang kita harus cari adalah KESERASIAN, kerana keserasian yang akan menjadikan hubungan itu jadi sempurna dengan saling melengkapi…

where there is love there is life….
cinta tiada sudahnya….

Sekian untuk kali ini, moga memberi manfaat bagi yang memerlukan, hingga ketemu lagi di lain siaran, in sha Allah.

Sila Kongsi :