Perawan atau Janda

Bila sebut janda tentu ramai yang beranggapan yang kurang baik berbanding dengan perawan, tetapi kak sk lebih suka guna perkataan “ibu tanpa pasangan” dari guna perkataan “janda”, TETAPI kami di Zisters lebih selesa dengan panggilan “single fabulous”…… Kenapa kak sk menulis tentang “Perawan atau Janda”, ini secara kebetulan di gegar vaganza penyanyi single fabulous Elly Mazlein diberi peluang untuk menyanyikan lagu ini….

Sebenarnya kak sk tidak begitu pandai menyanyikan lagu ini, tiba2 jadi agak pandai dan suka lagu ini, bilamana kak sk sering ke rumah seorang teman yang punya dua pembantu rumah (satu janda dan satu perawan), kedua2 pembantu rumah ini memang pandai menyanyi…. Tiap kali kak sk bertandang ke rumah teman tersebut, ke dua2 pembantu rumahnya suka nyanyi lagu “perawan atau janda” oleh cita citata…..

Ada kisah sebenarnya yang berkaitan dengan “perawan atau janda” ini, kisah benar yang pernah dikongsikan seorang teman dengan kak sk, bilamana dia menyuarakan kepada isterinya bahawa dia ingin berkahwin lagi, sang isteri tidak begitu terkejut kerana sudah menjangka suatu saat suaminya akan berkahwin lagi…..

Jangkaan sang isteri tentu suaminya akan berkahwin dengan anak dara @ perawan TETAPI jangkaan itu tidak tepat sama sekali, bilamana sang suami memberitahu bahawa wanita yang akan dikahwini adalah seorang janda bukan perawan @ dara…… Sang isteri berasa sangat2 sedih dengan pengakuan sang suami untuk mengahwini seorang janda….. Menurut sang isteri kesedihan itu mungkin tidak begitu teruk jika suaminya mengahwini seorang dara @ perawan…..

Perawan atau Janda (gambar sekadar hiasan)
Perawan atau Janda (gambar sekadar hiasan)

Sang isteri berasa begitu tercabar sekali bila sang suami ingin mengahwini seorang janda, sebabnya……? Kak sk tidak sanggup berkongsi di sini sebab dikhuatiri, pembaca akan beranggapan bahawa kak sk “bias” sebab kak sk juga “single fabulous” hahaha….

Undian yang dibuat semasa gegar vaganza sejurus sebelum Elly Mazlein menyanyi, ramai yang MEMILIH janda…… wowww

Jangan ragu2 ya …… PERAWAN atau JANDA…..?

Love
Starlady

Sila Kongsi :