Rapuh

Seperti biasa bila kak sk mula berkongsi cerita tentang cinta, akan ada yang mengikuti secara dekat, kali ini tentang program “How To Be Single Again”….. Dalam rancak mempromosikan program ini yang akan di lancarkan 6 11 16 InsyaAllah, ada yang bertanya syarat2 untuk turut serta dalam program ini, kerana insan ini dalam proses untuk berpisah, jadi program ini sangat sesuai untuknya… katanya…

Sebagaimana yang kami jelaskan, program ini adalah untuk berkongsi kekuatan dari pengalaman yang kami ada juga pengalaman insan2 lain, bagaimana wanita yang sudah tiada pasangan untuk meneruskan kehidupan dengan emosi yang stabil…. Sebab ramai yang meneruskan kehidupan dengan emosi yang tidak stabil, kalau kewangan stabil tapi emosi tidak stabil, ianya tidak akan membawa kepada keindahan hidup…..

Insan ini berkongsi cerita, betapa rapuhnya sebuah hubungan jika tidak disulami dengan rasa kasih sayang yang tidak ikhlas. Harapnya, bila melayari hidup ber-rumahtangga di usia hampir senja ini, penuh dengan kasih sayang, tolak ansur untuk saling melengkapi TAPI ianya tidak begitu…., sebak kak sk bila mendengarnya….

Tidak sanggup rasanya untuk berpisah melalui perceraian yang disaksikan anak2 dan cucu2, tapi kalau itu yang harus ditempoh maka langkah walau berat harus diteruskan…. (ngeri pulak kak sk nak bercinta lagi….oppssss… malu kalau anak2 baca ayat yang ini, hihihi terus keluar SAVE mamaku…..)

Sesuai atas apa yang berlaku, kak sk terbaca firman Allah :
“Sesungguhnya tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput daripadamu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” (Al Hadid 57 : 22 – 23)

moga ada sinar yang menanti (gambar hiasan)
moga ada sinar yang menanti (gambar hiasan)

Damaikanlah jiwa agar lunak menerima apa jua halangan, bersihkanlah hati agar dapat menerima cabaran dengan tenang…. Dan belailah kalbu moga kesulitan bukan lagi penghalang mengecap nikmat BAHAGIA….. (Dr HM Tuan Iskandar Al=Haj)…. Moga Allah beri insan ini ketabahan, kekuatan, kesihatan yang baik, rezeki yang baik juga kehidupan yang baik, ameen….

Perjalanan hidup ini sememangnya sukar dijangka, apa pun yang menjengah kita, biar apa dan bagaimana bentuk rentak yang akan datang, kalbu yang sentiasa dibelai dengan keimanan pasti akan sentiasa damai……

Khilaf ada di mana-mana, bertabahlah duhai insan….

Love
Sweetkurma

Sila Kongsi :