Dalam Balutan Cinta

Sedang asyik bercerita tentang – How To Be Single AGAIN – tiba2 dapat tahu seorang teman sedang dibaluti rasa cinta yang begitu dahsyat…. Kak SK boleh rasakan kalau sedang jatuh cinta, apabila kita dekat dengan orang yang kita cinta @ suka jantung kita berdegup, perkataan jadi gugup, sehingga untuk berfikir otak jadi tertutup sebab itu orang yang sedang dibaluti rasa cinta sering tersalah tindakan…. huhu

Orang yang dalam balutan cinta ini sebenarnya sangat bermotivasi, yang susah semuanya jadi mudah, yang malas akan jadi rajin, yang kuat tidur jadi tidak boleh tidur langsung mahu kerja terus, yang obes terus ke gym untuk kelihatan sasa bagi lelaki dan langsing bagi wanita dan banyak lagi sebenarnya……

orang yang dalam balutan cinta sering tampil anggun (gambar hiasan)
orang yang dalam balutan cinta sering tampil anggun (gambar hiasan)

Bagi yang dalam balutan cinta tu, kak sk sekadar mahu berpesan, usah terlalu asyik sebab sakitnya terlalu dalam jika cinta tidak bertahan lama, bersederhana adalah yang terbaik….

Buat wanita yang sedang dibaluti rasa cinta, jangan terlalu khayal dengan kata2 manis yang kerap diungkapkan dari “sweet talker person”….. Sebab cinta juga ada pasang surutnya….. menyesal kemudian tiada gunanya….

(gambar hiasan)
(gambar hiasan)

Setiap hari akan datang kesedihan dan kebahagiaan bersilih-ganti, kita harus belajar dari pengalaman yang pernah gagal kemudian menemui cinta baru yang lebih baik…..

tindakan luar biasa sering terjadi pada orang yang dalam balutan cinta (gambar hiasan)
tindakan luar biasa sering terjadi pada orang yang dalam balutan cinta (gambar hiasan)

Kadang2 kita menemukan harapan pada orang yang pernah menangis akibat kegagalan dalam cinta. Tidak ada kekuatan yang lebih mempengaruhi diri seseorang selain untuk berazam membuka mata, berfikir dan berdialog dengan jiwanya sendiri tentang makna sebuah harapan….

Cinta menjanjikan segalanya pahit, manis, suka dan duka, bagi insan yang melangkah untuk mencari cinta, terpulanglah kepada insan tersebut untuk mencoraknya, moga cinta tidak membuat kita sering berkata “sakitnya tuh di sini” huhu

Wassalam

❤️
Sweetkurma

Sila Kongsi :